Artis / Selebriti
” Siap lah dah pandai jeles, haha.. ” – Watie Hanifiah

Video Gelagat Anak Bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan Yang Cemburu Apabila Melihat Nenek Salmi Peluk Abangnya, Uwais Al-Qarni Buat Ramai Terhibur. Amboi Dah Pandai Ye Ayash, Siap Tolak Abang Lagi Ni. Ayash Ayash, Haha !!
Meninjau akaun Instagram Suciuwais dan Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan apabila Ayash dan nenek Salmi bertemu abang sulungnya, Uwais Al-Qarni dan Makder.
Nenek Salmi yang juga digelar nenek Johor oleh Makder ini kelihatan memeluk Uwais dan respon Ayash membuatkan semua terhibur. Rupanya Ayash sudah mula pandai cemburu apabila melihat nenek kesayangannya itu memeluk orang lain.
Ayash pantas menghampiri nenek Salmi dan menolak Uwais dengan tangannya. Amboi semangat sungguh Ayash menolak abangnya. Selepas itu, nenek Salmi berlakon pula memeluk Makder. Kata Makder, Ayash sampai tarik tudung Makder kerana tak bagi nenek Salmi memeluknya.
Amboi Ayash, nak conquer nenek Salmi seorang je. Iyelah selama ni memang Ayash cucu yang paling akrab dan manja dengan nenek Salmi. Ini adalah reaksi normal buat semua kanak-kanak sebaya Ayash. Rasanya semua yang ada anak-anak juga pernah mengalami situasi sebegini kan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Makder ini sehingga kini telah pun meraih lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha siap lah dah pandai jeles haha.. ” – Watie
” Alahai… Ayash Affan syg manja ni jealous dia Abg Uwais dpt pelukkan dari nenek haha. Budak bijak comel2 bambam. Geramlah Tengok tu senyum2 dia.. ”
” Muka affan macam fotostat muka uwais.. hehe.. comel betul.. Sama macam abg uwais. tak boleh atuk syg org lain especially odey haha.. ”
” Hishhh debabnya, comel nak gig1t Ayash ni. Comel lah tengok semua penuh dengan kasih sayang.. ”
” Baby boy dah besar bulat macam muka arwah sarah.. kjp je dh besar ayash.. gewamm comell sngt.. cayunkkk ayashhh sngt sngt.. ”
” Dah pandai jeles, nenek beri Kaseh sayang yang sepenuh nya . Alhamdulilah buat nenek Johor.. ”
” Comel anak bongsu arwah siti sarah ni, manis betul senyuman dia.. Pandai ayash jelez ye dgn abg uwais. Cepat besaq na.. ”
” Nenek Ayash punya tak ada sape leh amik nenek hehe.. mana boleh sayang orang lain, Ayash sayang nenek banyak-banyak.. ”
Alahai Ayash, semakin besar semakin pandai. Dengan badannya yang bambam itu, Ayash tetap lasak berlari ke sana ke sini. Abang Uwais tidak dapat peluang nak berkepit dengan nenek Salmi sebab nenek Salmi Ayash yang punya, hehe. Apa-apa pun, semoga Ayash terus gembira dan ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Ingat Kak Lina je masuk air, Aqish pun 2 kali 5 rupanya, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sed1h pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Baca kapsyen Makder pun dah menitik air mata. Makder lebih kenal Raissuddin.. ” – Netizen