Connect with us

Artis / Selebriti

” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

Video Thalita dan Uwais Al-Qarni berpadu suara menyanyi lagu Glenn Fredly, Januari raih pujian daripada warganet. Fuh padu lah suara adik beradik ni. Part Uwais tarik masa corus tu sedap sangat.. 

Anak-anak peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin iaitu Thalita dan Uwais Al-Qarni antara yang sering menjadi perhatian warganet. Thalita sudah berjaya menjadi penyanyi dan banyak events khas menjemput Thalita sebagai penyanyi jemputan mereka.

Uwais pula aktif dalam sukan golf dan mewakili Selangor baru-baru ini. Selain golf, Uwais juga pandai bermain alat muzik seperti piano dan gitar serta memiliki suara yang lunak merdu. Sebelum ini, Shuib ada memuatnaik beberapa video nyanyian Uwais di akaun media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita dan Uwais berduet menyanyikan lagu asal nyanyian Glenn Fredly yang bertajuk Januari. Lagu ini seringkali dinyanyikan oleh Uwais. Paduan suara adik dan abang ini sangat serasi dan sesuai.

Memetik komen warganet, ramai yang memuji suara Uwais itu. Uwais ada tarikan pada suaranya yang membuatkan orang tidak jemu mendengarnya. Petikan piano Uwais juga tidak mengecewakan dan menambahkan lagi rencah untuk nyanyian mereka ini.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Uwais ni klu betul2 jadi pnyanyi, suara dia sng kenal sbb tone dia rare..xde same dgn mane2 pnyanyi…Sedap nya suara Uwais and Thalita, keep singing ok.. “

” Yeay dapat juga dgr uwais nanyi sampai abis.. sedap suara adik beradik ni.. Suara uwais tu paling wow.. “

” Uwais lebih kepada main Music kan.. sapa perasan tapi sebenarnya suara dia sgt merdu n best sgt.. Both berbakat..uwais can sing.. ”

” Uwais suara r & b. Sedap.. sedap suara anak2 ni. Merdu.. suara uwais sedap sangat.. Sayang dekta n yg ngan Uwais. dekta da nak dekat suara ibu dah.. “

” Both suara sedap.. Anugerah bakat suara.. BagusY voice nya uwais.. Dua dua suara sedap.. Suara mereka wow.. “

” MashaaAllah cantiknya Thalita. Merdu bethol suara dua beradik ni .. Sedapnya sore uwais.. 1 dlm berjuta ni.. “

” Suara uwais sedap betul.. selalu dengar dia nyanyi sikit2 je, kali ni dapat dengar full. uwais memang berbakat lah.. suara tu unik.. “

Baik Uwais mahu pun Thalita kedua-duanya mewarisi bakat seni ibu mereka. Suara Uwais itu boleh diketengahkan dan sekiranya perancangannya mengena, Uwais boleh menjadi bintang terkenal seperti Thalita sekarang. Semoga Uwais juga akan menjadi penyanyi hebat seperti Siti Sarah suatu hari nanti.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

EElhoe Retinol

Trending

Copyright © Berita Kopak