Connect with us

Artis / Selebriti

” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah

Video anak ketiga Shuib Sepahtu, Matin menangis tergolek-golek kerana adiknya, Akira tidur ketika sampai di rumah buat ramai terhibur. Punya lah Matin nak main dengan adik. Sampai terbangun Akira dibuatnya. Tetap layan Abang Matin sampai berbuih-buih air liur, haha..

Kehadiran Akira Juwita Zahra memberikan seribu kebahagiaan dalam keluarga Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah. Akira beruntung kerana memiliki kakak dan abang-abang yang sangat menyayanginya. Antara anak-anak Shuib, Ariq Matin adalah yang terpaling manja dan suka berkepit dengan Akira.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Matin yang merajuk kerana Akira pulang ke rumah dalam keadaan tidur. Watie bercerita di ruangan kapsyen memberitahu Matin sudah berpesan supaya jangan bagi Akira tidur apabila sampai ke rumah.

Gelagat Matin yang bergolek-golek dengan muka mencuka kerana ingin bermain dengan Akira mencuit hati warganet. Nasib baik lah Akira memahami dan membuka matanya untuk bermain bersama Matin. Matin sememangnya sejak Akira masih dalam kandungan Watie lagi sudah menunjukkan keterujaannya untuk mendapat adik.

Telatah Akira yang berbuih-buih air liur melihat Matin bermain alat muzik ukulele sambil menyanyi mencuit hati warganet. Kedengaran suara Watie mengatakan Akira mengantuk tetapi tetap juga bertahan melayani sahaja permintaan abang Matinnya itu.

Lebih 5000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” MasyaAllah Akira…wlaupun mngantuk tetap layan abg Matin nyanyi,so cuteeee.. sabo jela akira ekkk hahaha.. “

” Baiknye akira layan abg matinn.. Akira mcm eh kena dgr eh. Eh ok. haha adoi comel dua2 pom.. “

” Adik memahami kasih syg abgnya. Redha jelah ye Akira.. Akira redha jelah … Abgnya lebih baby dr akira.. “

” Meleleh airliur akira… pandai abg main.. Akira redha demi kesygan Abg dia.. Anyonyo Akira gebunya pipi tu, seronok dia abang hiburkan dia.. “

” Yg last tu akira redho jela dengar ape abg petik gitar.. Akira : “dia kugiran pulak, ermm layan la kang nangis guling² lagi sekali . Cepat sikit bang, ngantuk ni”.. “

” Mamposss nak kene layan persembahan pulekkkkkkk.. D mcm juri pulak akira nk dgau c abg main gitar.. Adik is redho.. “

” Akira tpaksa jer layan abg petik gitar.. Hahaaaaa martin2.. Hhahahahaha . Yealaaa Akira bgun laaa layan abg Mateen saya . Nasib abg Mateen hadsome.. “

Manja dan sayang sungguh Matin terhadap Akira buah hati kesayangannya itu. Akira pula seakan-akan memahami perasaan abangnya itu dan rela menahan mata yang mengantuk demi melayani Matin menyanyi. Semoga kasih sayang abang dan adik ini sentiasa berkekalan sampai bila-bila.

Tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanafiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Polo Hill

Trending

Copyright © Berita Kopak