Connect with us

Artis / Selebriti

” Suara Shuib ni kalau menyanyi lagu Indonesia memang ngam teruk. Sedap, serius tak tipu… ” – Komen Netizen

Video Shuib Sepahtu berduet bersama bekas vokalis kumpulan ST12, Charly Van Houten menyanyikan lagu Firman, Kehilangan raih pujian ramai. Wah serius sedap sungguh Shuib menyanyi lagu ni. Ada vibe-vibe suara penyanyi Indonesia lah. Charly pun puji sedap..

Meninjau di akaun Instagram milik pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu, telah dikongsikan sebuah video sedutan daripada podcast yang dikendalikan oleh Shuib sendiri. Menerusi video tersebut, penyanyi terkenal dari Indonesia yang merupakan bekas vokalis kumpulan ST12, Charly Van Houten telah tampil sebagai artis jemputan untuk memeriahkan sesi podcast berkenaan.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Shuib dan Charly berduet menyampaikan lagu berjudul Kehilangan yang merupakan nyanyian asal Firman. Gandingan mereka berjaya mempamerkan keserasian serta kemampuan vokal masing-masing.

Nyanyian Shuib dalam sedutan podcast itu nyata mengejutkan ramai warganet. Ramai yang memuji kelunakan suaranya yang disifatkan sangat merdu dan penuh penghayatan ketika menyampaikan lagu tersebut. Ada juga yang berpendapat suara Shuib seakan-akan penyanyi dari Indonesia.

Selain memuji bakat nyanyian Shuib, warganet turut mengaitkan kelebihan itu dengan anak-anaknya yang sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian. Menurut warganet, suara merdu yang dimiliki anak-anak Shuib dipercayai diwarisi daripada Shuib sendiri serta arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang terkenal dengan vokalnya yang hebat.

Tonton video di bawah ini (video penuh di hujung artikel) :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Patut lah suara anak-anak pun sedap. Suara daddy dorang pun power sangat.. Boleh buat album ni Ib, sedapppp sangat suara.. “

” Memang patutlaa anak2 shuib & Siti Sarah semua suara sedap. daddy ibu both suara pun sedap.. Terbuai2 aku dengar lagu ni.. Sedapppp.. “

” Luv sore Soib.. Buatlah lagu duet dgn tata.. Suara soib ni kalau menyanyi lagu Indonesia memamg ngam teruk ar lah.. Sedap beb.. Serius tak tipu.. “

” Shuib ni suara dia kalau menyanyi memang sedap.. Cuma aku rasa dia lagi suka melawak dari jadi penyanyi.. Nyanyi ni hobi dia dengan arwah Siti Sarah dlu.. “

” Wuuuuu layan weh.. Terus aku cari balik lagu ni.. Shuib suara kau memang sedap sangat.. Try lah buat lagu satu, mesti ramai yang suka.. “

” Ehh Shuib penyanyi ke guys.. Sedapp weh suara dia.. Wowwww superb. Hat off for both of you.. Terpegun aku dengar tau, haha.. “

” Suaranya lemak betulll.. Sedap Shuib nyanyi.. Kereeen banget u olls.. Nak full video Shuib nyanyi lagu ni ada tak yer.. “

Perkongsian video tersebut sekali lagi membuktikan bahawa Shuib bukan sahaja berbakat dalam bidang lawak dan pengacaraan, malah memiliki suara nyanyian yang mampu memikat hati pendengar. Tidak hairanlah ruangan komen dipenuhi dengan pujian. Malah ramai berharap Shuib akan lebih kerap berkongsi nyanyiannya bersama rakan-rakan artis pada masa akan datang.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG shuibsepahtu, Youtube Shuib Channel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Pocket Wifi

Trending

Copyright © Berita Kopak