Artis / Selebriti
” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
Video Hussain Jamilul Hayat menyanyikan lagu bapa saudaranya Dato’ Jamal Abdillah, Di Sudut Kamar Hatiku raih pujian warganet. Wah, sedapnya tone suara Hussain menyanyi lagu ni. Part tarik tu perghhh, meremang dengar..
Bagi yang mengikuti program Talk To My Manager 2 (TTMM2) sebelum ini, sudah pasti mengenali Hussain yang merupakan anak kepada penyanyi terkenal, Jamilul Hayat. Sepanjang pertandingan berlangsung, Hussain sering mencuri perhatian menerusi persembahan yang memukau sehingga membuatkan ramai penonton tidak sabar menantikan penampilannya pada setiap minggu. Hasil usaha dan bakat yang dimiliki, Hussain berjaya menamatkan saingan di tempat kedua.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun TikTok milik ica.imut, telah dimuatnaik rakaman sesi siaran langsung Hussain yang menghiburkan para pengikutnya. Menerusi video tersebut, Hussain mendendangkan lagu Di Sudut Kamar Hatiku, nyanyian asal penyanyi lagenda, Dato’ Jamal Abdillah yang juga merupakan bapa saudaranya.
Persembahan Hussain memikat hati ramai apabila Hussain berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan dan emosi. Suara yang lunak serta kawalan vokalnya yang baik membuatkan ramai penonton terus setia mengikuti siaran langsung itu sehingga tamat.

Selain itu, ramai warganet meluahkan rasa kagum dengan bakat nyanyian Hussain. Malah, tidak kurang juga yang berpendapat Hussain mewarisi suara emas keluarga serta mempunyai potensi besar untuk terus mencipta nama dalam industri muzik tanah air sekiranya terus diberi peluang.
Tonton video di bawah ini :
@diam_875 #hussainjamilulhayat #bigstagerocketfuel #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. Klu takda rancangan TTMM.. Sampai ke sudah taktau or takkenal Hussain anakda Jamilul Hayat.. ”
” Keturunan hj Ali suara pyanyi blka sedap2 blka spi ke cucu, osama, zaki n hussain.. Lunak merdu bgi buluh perindu.. Anugerah Allah swt kpd kturunan Hj Ali.. “
” Tahniah Hussein. Suara sedap, selalu beringat ya, jaga diri, jaga adab, be humble. Semoga terus berjaya. Insyaallah cerah masa depan budak ni.. “
” Definitely pembawa rezeki utk keluarga. Jom korang kita dia kan dia dan family. sentiasa dimurahkan rezeki dpt producer hebat.. “
” Acik suka tengok Hussain nyanyi,dulu selalu suka tengok Dato Jamal sampai la ni,sekarang tengok perkembangan hussain pulak..”
” MasyaAllah.. Puas hati hari ni duk dengar lagu2 Hussain nyanyi.. Mmg kamu berbakat besar Hussain.. Anugerah Allah utk kamu.. Stay on top.. Be humble and buckle up..”
” Suara Hussain sesuai nyanyi lagu Datok Jamal Abdillah @ uncle Hussain suara Hussain sangat mantap dan padu. apa pun sentiasa menyokong hussain. dari masuk TTMM lagi.. “
Semakin hari, semakin terserlah kemampuan Hussain sebagai penyanyi muda yang berbakat. Sokongan padu daripada peminat pastinya menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus berkarya dan menghiburkan pencinta muzik. Ramai juga berharap agar Hussain akan tampil dengan lebih banyak karya baru pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ica.imut
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen

