Artis / Selebriti
” Memang tak sangka dalam kotak tu Jihan, sebab suara dia menyanyi lain sangat.. ” – Komen Netizen
Video Nabil Ahmad terima kejutan kemunculan Jihan Muse di rancangan MeleTOP raih perhatian ramai. Fuhhh, terkejut Nabil dibuatnya. Tahan sebak Nabil bila tahu Jihan dalam kotak besar tu. Punya lah lama tak jumpa..
Meninjau di akaun Instagram milik MeleTOP, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan momen istimewa ketika rancangan itu berlangsung semalam. Menerusi perkongsian tersebut, pengacara popular, Nabil Ahmad menerima satu kejutan yang telah dirancang khas oleh pihak produksi MeleTOP sehingga membuatkan dirinya benar-benar terkejut.
Menerusi rakaman itu, sebuah kotak berwarna merah jambu dibawa masuk ke studio sebagai hadiah buat Nabil. Lebih mencuit hati, kedengaran suara seseorang dari dalam kotak sedang menyanyikan lagu Adek Saye Abe Sore hingga membuatkan semua yang berada di studio tertanya-tanya siapakah gerangan di sebalik kotak tersebut.
Sebaik sahaja kotak itu dibuka, rupa-rupanya individu yang berada di dalamnya ialah sahabat baik Nabil, Jihan Muse. Melihat kemunculan Jihan, Nabil terus berlari mendapatkannya rakannya itu. Reaksi spontan mereka jelas menggambarkan hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama.

Kehadiran Jihan mengubat kerinduan ramai peminat yang sudah lama tidak menyaksikan gandingan serasi mereka sebagai pengacara. Difahamkan, Jihan sebelum ini berehat seketika daripada dunia pengacaraan selepas melahirkan cahaya mata ketiganya. Turut dikongsikan ialah rakaman di sebalik tabir yang memaparkan persiapan Jihan sebelum membuat kejutan tersebut kepada Nabil.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Memang tak sangka dalam kotak tu Jihan, sebab suara dia menyanyi lain sangat.. Diaorg ni klu couple mengacara plg best.. “
” Harap GV tahun ni kalau ad diorang la pengacara.. Nie kalau boleh peluk.. xde halal haram, maybe dia peluk dh jihan tu. Bkn peluk sbb cinta ke apa.. tp sbg sahabat.
” Cute betul hahahhahahahahha.. Jihan makin cantik, jumpa balik best friend ni, happy Nabil. Nampak riak muka Nabil terharu sebak bila tengok Jihan.. “
” Baru je teringat jihan berganding dgn Nabil, ttbe muncul ni macam mana algorithm phone boleh sampai tahap macam ni.. “
” Wah suara jihan ada makin improve yaa, sedap lah dia nyanyi.. Hampir tak percaya suara dia.. Yeayyy Jihan dah kembali… “
” Rindu nak tgk pasangan pengacara ni mengacara..tak pernah tak gelak tgk deme berdua ni.. Welcome back Jihan.. Ahhhhr rindu nk tengok Jihan mengacara.. “
” Rindu nya kat Jihan.. Please astro gegar vaganza tahun ni pengacara bagi jihan dgn nabil.. please please please… 2 org ni klu jd host mmg pecah perut je la gelak… Bg je la diorg host meletop haha.. “
Perkongsian video berkenaan pantas meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya tersentuh melihat momen penuh kegembiraan itu. Ramai meluahkan rasa rindu melihat keserasian Nabil dan Jihan di pentas Gegar Vaganza, malah tidak kurang juga yang berharap mereka kembali bergandingan sebagai pengacara kerana chemistry mereka disifatkan masih kekal menghiburkan seperti dahulu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

