Artis / Selebriti
” Sangat random Tengku Hassanal ni, tetiba tengah poco-poco boleh masuk raver pulak haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat YAM Tengku Hassanal Menari Poco-Poco di Majlis Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Afzan Dan FD Idzham Buat Warganet Terhibur. Elok Poco-Poco Tiba-Tiba Jadi Lain Pulak Tariannya Tu. Kelakar Lah Tengku Hassanal Ni !!
Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham telah pun berakhir setelah 3 hari pengantin diraja itu diraikan dengan penuh meriah. Pelbagai gelagat kekanda-kekanda Tengku Afzan dapat disaksikan sepanjang 3 istiadat yang telah dijalankan.
Meninjau perkongsian video di akaun Tiktok Ciksiety, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat YAM Tengku Mahkota Tengku Hassanal. Kelihatan Tengku Hassanal sedang cuba menari tarian poco-poco. Tarian ini antara tarian yang biasa dilakukan setiap kali ada keraian di istana.
Baru beberapa langkah menari poco-poco, Tengku Hassanal sudah berhenti menari dan bercakap dengan seseorang yang turut berada di tepinya. Menerusi video itu juga, warganet dapat melihat Tengku Hassanal tiba-tiba sahaja membuat gaya menari raver.

Random sungguh putera kesayangan Tunku Azizah Maimunah ini. Walaupun agak pendiam dan selalu menjaga gerak gerinya berbanding adinda-adindanya lain, telatah Tengku Hassanal ini mencuit hati warganet yang menonton video tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@ciksiety Sangat Random tengah poco-poco tetiba masuk raver😂 Gelagat Tengku Hassanal di Majlis Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Afzan & FD Idzham #tengkuhassanal #tengkumahkotapahang #tengkuputeriafzan #fdidzham #royalfamily #royalwedding #pahangroyalfamily #pahangroyalwedding
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comel dia poco poco.. hihi.. menjunjung kasih Tuanku.. Masa dekat sarawak dulu tengku joget poco poco.. ”
” Comeinya Tengku Hassanal menari poco-poco.. dah training masa datang rmh panjang haritu kazen ni.. ”
” Jangan lah kacau dia tengah rehearsal tu hehe. Comel betul tuanku tu.. sorang-sorang pun menjadi.. ”
” Bukan main tengku joget-joget. ada saja perangai dia.. sorang pun boleh.. ni mesti virus poco-poco dari Sarawak haha.. ”
” Dah pandai poco-poco lah tengku hassanal.. rasa malu-malu lagi tu.. kalau ada tengku ahmad tentu lagi meriah menari tu hehe.. ”
” Sangat random Tengku Hassanal ni, tetiba tengah poco-poco boleh masuk raver pulak haha.. lucu la tengku.. ”
” Sporting betul Tengku Hassanal ni, sekejap je menari pastu nak bertukar jadi ultraman dah hehe.. ”
Sesekali Tengku Hassanal mengeluarkan perangai random seperti ini, terhibur warganet melihat gayanya itu. Ramai juga yang teringatkan tarian poco-poco Tengku Hassanal ketika menyertai misi jelajah Borneo di Sarawak sebelum ini. Pastinya antara kenangan-kenangan yang tidak akan dapat dilupakan olehnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ciksiety
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

