Connect with us

Artis / Selebriti

” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden

Video luahan hati Jebat Jayden terhadap Noornabila kerana mummynya menjawab acuh tak acuh setiap kali Jebat memanggilnya buat warganet terhibur. Macam tu je Jebat sekolahkan mummy dia. Adui lah Jebat, haha.. 

Anak Sharnaaz Ahmad dan Noornabila, Jebat Jayden seringkali mencuri perhatian warganet dengan telatahnya. Jebat membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi seorang anak yang bijak. Hari demi hari, Jebat semakin petah bercakap dan ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Noornabila, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Noornabila dan Jebat di rumah. Jebat menegur cara Noornabila berinteraksi dengannya yang dirasakan tidak okey.

Kata Jebat, Noornabila sepatutnya menjawab ‘ Iye Jayden ‘ setiap kali Jebat memanggilnya. Ini kerana apabila Noornabila menjawab acuh tak acuh membuatkan Jebat merasakan seperti dia seorang diri dan tiada mummy yang menemaninya. Noornabila turut membalas kembali teguran Jebat itu.

Namun Jebat anak yang bijak dan pandai menjawab setiap persoalan. Ada sahaja jawapannya untuk setiap soalan yang Noornabila ajukan. Memetik komen warganet, cara Jebat bercakap saling tak tumpah seperti Sharnaaz. Jujur sungguh luahan hati Jebat kali ini.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Maksudnya, no talk with mother as son.. At this age dorang suka bercerita tanya dan respond.. But jebat you big already and handsome like ur dad.. You lucky have beautiful and clever mom too membesar bagaikan juara yaaaaaa love.. “

” Hahahah ni tanda2 tinggi EQ ni.. emotional intelligence can only be developed well since early age kalau parents jenis open, full of acceptance, loving. anak rasa secure jd diri sendiri & can be really expressive. ni kecik2 dah pandai ajar mami two ways communication & highlight issues/any gap & problems. pandai jayden.. “

” Nak dengar keluhan dia kt pak dia pulakkkkkk haha.. budak2 tak pandai menipu. Bijaknya anak..may both keep improving & loving until the end of time.. “

” Hahahaha anak laki mmg gitu laaa.. Bella ank laki sorg pun pening.. aku yg ade 5 ank laki ni.. adoii..mcm² peel perangai nk hadap..ade je jawapan dia.. “

” Hahahaha bijaknyaa . mcm tu je dia skolah kan mmy dia ahaahahahaha.. Habis lah ni.. tggu besar sikit klau mak buat salah. Pening mak kene celoteh anak.. comel lah Jayden.. “

” Banyak betull dia xpuasti kt mommy dia tu.. jayden melepas kan perasaan.. Jayden terlukai…terasa macam maid…adehhh…berattt.. “

” Luahan perasaan ke tu baby.. hahahahah the way he speaks kan. mmg tak lari dari cara baba dia. Jujur luahan anak …lepas nie hope mommy take Seriuss masalah yg melanda jebat.. “

Panjang lebar sesi luahan perasaan Jebat terhadap mummynya itu. Jebat anak yang bijak dan caranya berkomunikasi 2 hala dengan Noornabila ini sesuatu yang bagus. Semoga Jebat akan kekal begini sehingga dewasa nanti dan menjadi anak soleh mummy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Noornabila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Tablet

Trending

Copyright © Berita Kopak