Connect with us

Artis / Selebriti

” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

Video Jebat Jayden menjawab pertanyaan Noornabila mengapa tidak menghabiskan bekal makanan buat warganet terhibur. Adoi lah Jebat, jawapan yang paling win. Terkedu mummy dengar. Ini semua salah mummy, haha.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Noornabila dan Jebat Jayden, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan perbualan antara Noornabila dan Jebat. Perbualannya berkisar mengenai bekal makanan Jebat pada hari itu iaitu nasi goreng dan french toast.

Noornabila menyediakan 2 menu makanan itu untuk Jebat membawanya ke sekolah. Ketika diajukan menu mana yang Jebat makan, Jebat menjawab dia memilih french toast. Tidak berpuas hati dengan jawapan Jebat itu, Noornabila bertanyakan pula mengapa Jebat tidak menjamah nasi goreng yang dibekalkan.

Jebat sedikit membebel dan sempat beristifar kerana merasakan dia sudah mengikut arahan mummynya itu. Kata Jebat, mummy sendiri yang berpesan supaya memilih antara french toast atau pun nasi goreng. Dek kerana arahan itu lah membuatkan Jebat tidak menyentuh nasi goreng.

Jawapan Jebat membuatkan Noornabila ketawa besar. Noornabila menerangkan kepada Jebat, pilihan itu seandainya tidak ada makanan. Jika makanannya sudah dibekalkan, Jebat seharusnya makan sahaja kedua-dua makanan yang disediakan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Semua salah mommy la!! Sapa suruh buat pilihan!! Tibahhhh haha.. Jayden laaa the one and only lelaki yang sentiasa betull.. “

” Lurusssnya lah Jayden ni..Budak2 mmg lurus kan..Jujur dgn jawapan. Masa yg sesuai utk membentuk sahsiah diri. So mommy pun kena tulis dgn cara2 yang betul seperti Jayden please eat all yg mommy dah masak. Semua sedap. Toksah pilih2. Ngap saje keduanya. Berhenti sebelum kenyang (selitkan sunnah sekali).. “

” Mami ni punnnn dah suh buat pilihan… Jayden pilih laa. Betul lah tuu .. dia ikut arahan mummy haha.. Mendengar kata n ikut arahan sungguh Jayden ni.. sejuk perut mummy.. “

” Jayden anak yang patuh arahan ni.. ank soleh sangat.. Mommy tulis lah “You boleh makan kedua-duanya”.. semua salah mummy, sape suruh bagi baby pilih haha.. “

” Jenuh la mummy mcm ni.. Jaden Jaden .. Jebat Jayden very smart and honest and not greedy…. baby tak pernah salah.. love you baby.. “

” Mommy pun tak explain betul-betul dekat jebat hahahaha.. Ntahnyaa.. Apala mumy ni.. Kan pilihan.. Mummy tak tau ke maksud pilihan. Hahahaha.. “

” Sorryyyy mommy.. jebat is right this time. Hahaha.. mummy… jayden tu walau masih kecil, dia tetap lelaki mummy… jangan pernah lupa tu.. Btul2 ikut arahan mummy.. “

Terhibur warganet mendengar alasan yang diberikan oleh Jebat kenapa dia hanya makan satu makanan sahaja. Hanya Jebat yang boleh menang apabila berbahas dengan mummynya itu. Selepas ini, mummy jangan berikan Jebat pilihan seperti itu lagi, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Noornabila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak