Artis / Selebriti
” Anak mama, Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu, hihi.. ” – Abby Abadi
Video dan gambar Marissa Dania meluangkan masa bersama ibunya, Abby Abadi curi perhatian ramai. Senyum lebar Abby apabila anak ada di sisi. Itu sebenarnya yang seorang ibu mahukan, perhatian..
Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai luahan hati Abby Abadi terhadap kehidupannya yang berkait dengan anak-anak dan bekas suami. Nama yang disebut oleh warganet adalah anak kedua Abby, Marissa Dania Hakim apabila ketika sambutan ulangtahun kelahirannya, Abby tiada bersama.
Namun Marissa mengambil pendekatan untuk tidak membalas kembali apa jua komen negatif yang diberikan oleh netizen. Bagi Marissa, itu kehidupan peribadinya dan tidak perlu untuk dicanang dalam media sosial. Hari berlalu, akhirnya Marissa bertemu mata dengan ibunya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan beberapa buah video dan gambar yang memaparkan Marissa datang membantu Abby menjual produk yang dipromosikan oleh Abby. Jelas kelihatan wajah gembira Abby apabila Marissa ada di sisi.

Memetik komen warganet, Abby bukan mahu kan harta dunia tetapi perhatian sebegini yang seorang ibu mahukan. Abby dan Marissa turut keluar bersama Azza Elite dan gambar mereka bersama dimuatnaik. Ramai di kalangan warganet terutamanya kaum ibu tumpang bahagia melihat Abby dan Marissa.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Sebenarnya, ini je yang kak abby nak, anak sentiasa ada dengan dia.. saya sebagai mak, faham ape yang dia rasa.. “
” One good thing Abby ni, dia sentiasa memaafkn.. Nampak mcm dh nk meletus perang, tapi tenangg je dia memaafkn..tp tu la..sebalik tu, hanya dia yg tahu..nk kena asuh hati kita mcm ni.. “
” Alhamdulilah.. kita sbgai mak tak minta lebih pun kat anak. cuma nk anak mesti lebihkan kita dulu dari yg lain. Smga dimudahkan urusan kalian dunia akhirat.. “
” Abby awak bertuah ada anak mcm marissadania_ dan marissadania_ bertuah ada ibu macam awak… marissa anak yang baik dan kuat.. dia cuba sedaya upaya berlaku adil dtengah2 semua, saya suka tengok marissa, tak mau cakap bnyak.. saya doakn awak mendapat kehidupan dan jodoh yg baik.. “
” Terluka nya hati sorang Ibu berkali kali tp dgn satu pelukan anak anak lenyap segala kedukaan .. tu laa sorang ibu.. Mak ne simple je dik, perhatian, lagi2 bila dh berusia hati dia mudah terusik.. utamakan mak dlm segala hal dik, nanti moment ne adik rindu bila mak dh xde.. “
” Betapa rapuhnya hati seorang ibu. Tp dlm masa yg sama, hatinya kuat sekuat tembok China. Walau badai yg melanda, bila dh nama anak…. Tetap si ibu mengalah.. “
” Ini yg seorang mama mahukan.. perhatian dari anak2 nya… Lebih dari yg lain… Tak minta harta pun… Semoga baik2 sahaja lepas ni ye.. “
Itu lah hati seorang ibu, walaupun rasa berapi seperti gunung berapi ingin meletup pun, apabila anak datang bersemuka, hilang segala kemarahannya. Abby ada hati yang sungguh murni dan pemaaf orangnya. Semoga hubungan Abby dan Marissa sentiasa erat dan dalam lindungan Allah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi

