Artis / Selebriti
” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
Video Cik Lan menyanyikan sebuah lagu khas untuk Dato’ Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob curi perhatian ramai. Aduh, kecewa betul bunyinya tu. Nak kesian tapi lawak sangat ekspresi muka Cik Lan tu, haha..
Hangat diperkatakan mengenai hubungan mesra antara usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob. Pasangan ini mula rapat setelah anak-anak mereka menyertai program Talk To My Manager musim ke 2 baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Muhammadalfateh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Cik Lan yang menyanyikan satu lagu khas ditujukan untuk DS Vida. Cik Lan pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama DS Vida sebelum ini.
Namun hubungan mereka tidak berpanjangan dan tiada lagi video mereka meluangkan masa bersama-sama. Menerusi satu temubual sebelum ini, Cik Lan pasrah kerana tiada jodoh dengan DS Vida. Cik Lan juga turut mengikuti perkembangan DS Vida dan Datuk Fazley.

Menerusi video perkongsian ini, satu nyanyian yang menyentuh hati dipaparkan. Ekpresi wajah dan penghayatan Cik Lan seakan-akan menunjukkan kekecewaannya. Warganet merasa kesian, namun dalam masa, gelagat Cik Lan itu menggeletek hati warganet.
Jom tonton video di bawah :
@muhammadalfateh lagu untuk DSV #ciklan @Roslan Shah – Cik Lan
Lebih 2000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Tak tau la nk gelak ke nk tumpang sedih haha.. aku kjp sedih kjp gelak ,, aduhhh.. over sangat penghayatan tu.. “
” Laguu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nk terkencing ni.. adui cik lan haha.. frust menonggeng nonggeng org panggil ni.. “
” Penat laa ketawa.. suara best…. Tapi penuh penghayatan tu yg tak tahan tgk. Patut aku rasa sedih ciklan xde jodoh dgn dsv vida… Knape aku rasa nk trgelak.. “
” Fazli zainal pom boleh haha.. Cik lan….. aye dengar ambil tutup mata… mmg masuk rasa tu.. tp bila bukak mata terus gelak cik lan aye tktau nak nangis ke nak gelakkkkkk.. “
” Demam terus lepas dgr ciklan nyanyi sebab sedih.. Dato fazley zainal, adui nk berguling aku suka tgk ciklan ni.. “
” Antara pasangan yg putus kita ikut sedih gila/ciklan dgn vida.. xpe ciklann… nnt ada jodoh baik2.. kadang² tgok cik lan nie nak kwtawa pun ada.. “
” Cik Lan nyanyi buat saya ketawa haha.. Tak semua harus dimiliki huhu. aduiii,bukak tt terus nampak ni Cik lan….. alahaii, sedih de kelakar pun de.apape pun like Cik lan lah….take care.. “
Sedih sungguh mendengar nyanyian Cik Lan untuk DS Vida itu. Nyanyian yang tulus dan ikhlas daripada hati Cik Lan. Sudah tertulis tiada jodoh antara mereka berdua dan Cik Lan menerima dengan hati yang terbuka serta mendoakan agar DS Vida bahagia dengan Datuk Fazley.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok muhammadalfateh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

