Artis / Selebriti
” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
Video Hussain Jamilul Hayat membawakan lagu Cindai di konsert semi final Big Stage raih pujian ramai. Fuh sedap sungguh lagu Cindai versi Hussain ni. Part ‘tidurku’ tu, meremang dengar lenggoknya tu..
Konsert Big Stage Rocketfuel minggu semi final telah pun berlangsung di MBSA malam tadi. 8 orang peserta bertanding dan memberikan persembahan yang terbaik untuk memikat hati para juri. Antara persembahan yang dinanti-nantikan adalah daripada Hussain Jamilul Hayat.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Hussain. Lagu Cindai dendangan asal biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menjadi taruhan Hussain untuk pentas separuh akhir ini..
Hussain tampil segak dalam busana rekaan Emri berwarna purple. Laksana pahlawan Melayu, Hussain menunjukkan kehebatannya bersilat ketika persembahannya itu. Suara lunak merdu Hussain sememangnya sesuai dengan lagu irama Malaysia sebegini.

Nyanyian Hussain turut dipuji oleh warganet kerana ianya langsung tidak dibayangi oleh penyanyi asal lagu ini. Hussain ada caranya yang tersendiri untuk membuatkan lagu ini bertambah asyik didengar. Hussain ada aura dan tarikan yang kuat.

Lebih 2000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Sedap lenggok lagu cindai ni tk ikut tok ti …lenggok sendiri.Best Hussain bawak lagu Cindai.. terbaik Hussain, memang mantap.. “
” Sedap dah tu…terbaik sgt rasanya persembahan hussainjamilul mlm ni.. vokal dan prsembahan yg patut mndapat markah no.1.. “
” Sedap lenggok lagu cindai ni tk ikut tok ti … lenggok sendiri. Cindai versi Hussain sedap pulak lenggoknya.. kalau dapat Hussain dalam konsert tokti nanti mesti gempak.. “
” Hussain memang power, lurve sangat cindai versi hussain.. Hussain nyanyi lagu tokti, perfection.. “
” Lemak merdu suara Hussain ni, terbaik.. Arrangement lagu terbaik.. Jadi lagu Hussain tersendiri..cindai ada dua makna.. “
” Terbaik hussain.. sedap sgt suaranya bawak lagu irama malaysia macam ni.. lunak lemak berkrim.. Part ‘tidurku’ tu memang goosebump betul dengar.. “
” Lunak bebeno lenggoknya. Cindai ni memang kena beno dengan suara kome yop.. dengan bersilatnya, fuh hebat lah Hussain ni.. Tahniah Hussain mara ke final.. “

Cindai versi Hussain antara yang sedap didengar. Bukan mudah untuk lelaki melenggokkan lagu Tokti ini. Cindai telah pun di’ Hussain’kan oleh Hussain dengan caranya yang tersendiri. Good luck Hussain untuk final nanti dan moga Hussain akan menggondol gelaran juara Big Stage musim ini..
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden

