Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagaimana dia movement pun, walaupun tanpa bertempo movementnya, orang still akan suka kerana.. ” – Ajai

Video pandangan Ajai apabila ditanya mengenai prestasi 2 orang peserta Big Stage, Ranisha dan Hussain. Ini pendapat Ajai sendiri selaku orang yang banyak pengalaman dalam industri muzik..

Kehadiran Ajai sebagai juri jemputan di Big Stage Rocketfuel beberapa hari yang lalu sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai. Ajai seorang yang berpengalaman dan mempunyai banyak ilmu dalam bidang muzik. Komen Ajai di Big Stage disukai ramai kerana ketelusannya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ajai mengupas prestasi peserta Big Stage antara Ranisha dan Hussain. Kata Ajai, Ranisha sememangnya memiliki bakat dan sudah berpengalaman bertanding di pentas besar.

Tambah Ajai lagi, Ranisha menang dari segi bakat dan disukai oleh juri. Namun Ajai mengingatkan, pesaingnya iaitu Hussain, memiliki aura dan menang dari segi tarikan. Persembahan Hussain, penguasaan pentasnya dan nyanyiannya sememangnya ditunggu oleh orang ramai.

Ada orang yang menyerlah dalam pertandingan seperti ini dan memenangi hati juri tetapi yang memiliki aura, masa depannya lebih cemerlang dan produk yang boleh dijual. Pandangan Ajai terhadap Hussain tidak boleh dinafikan kerana banyak betulnya.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Aku bukan peminat Hussain tapi aku tak setuju.. Dia menang tarikan. suara Dia memang sedap dan buat kita akan stay dan ulang ulang tengok nyanyian dia.. “

” Tapi aku suka Hussain 1st impression sebab vocal dia. Bagi aku, orang yang suka Hussain since press conference ttmm adalah sebab vocal Hussain then lepastu baru aura muncul. Kiranya vocal seiring dengan aura. Bukan aura semata2.. “

” Ajai x cakap pun suara hussain x power , cuba faham kan , dia cuma cakap daya tarikan , performance dan movement hussain jer . Aura bintang ada pada hussain , suara ada pada ranisha yang masih consistent dgn identiti diri dia masa dulu2 . Itu maksud ajai , ajai x ada bandingkan antara ranisha dan hussain ni . Tapi disebalik nya ajai puji dedua ni.. “

” Betul Kata Ajai..Hussain ada tarik kn..sebab tu kta hari Ahad kta tk sabar tenguk Hussain nyanyi kn.. “

” Aku rasa ajai nie peminat hussain.. excited bila cerita passl hussain..tolong buat lagu best2 untuk hussain leps big stage.. “

” Suara anakanda Hussain ni mahal, lunak merdu sama je dgn Ranisha. Tp kelebihan Hussain ni aura dia tinggi apa yg dinyanyi akan jd trending.. “

” Ajai memang best jadi juri, jujur betul dia ni.. dari segi pengalaman & pembelajaran go to Ranisha. dari segi ‘star aura’ go to Hussain. aku setuju ape abang ajai cakap.. lepas competition yg ade aura dan menang tarikan yang akan ada byk job.. “

Ajai antara yang berpengalaman dan segala pandangan yang diberikan jujur dan telus. Hussain ada tarikan yang mana selepas Big Stage nanti pasti akan ramai yang menanti untuk bekerjasama dengan Hussain. Adakah anda juga bersetuju dengan pandangan Ajai, sila tinggalkan komen.

Tonton video di bawah :

@f8buzz

🎤 “Ranisha menang bakat, Hussain menang peminat?” Itulah gambaran yang dikongsikan Ajai ketika mengulas prestasi peserta Big Stage. Menurut beliau, Ranisha memiliki kekuatan dari sudut teknikal, konsisten dan mampu memikat hati para juri. Dalam masa sama, Hussain pula mempunyai aura, tarikan persembahan dan nilai komersial yang membuatkan penonton sentiasa mahu melihatnya di atas pentas. Bagi anda pula, siapa yang paling menyerlah setakat ini? Adakah pilihan juri atau pilihan penonton akan membawa pulang gelaran juara? #f8buzzhiburan #bigstagerocketfuel #Ajai #ranisha #hussain

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok f8buzz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Foxer

Trending

Copyright © Berita Kopak