Connect with us

Artis / Selebriti

” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain

Dipersoalkan biar dipegang oleh peminat dan ambil job luar sedangkan program Big Stage masih belum selesai, ini respon Hussain Jamilul Hayat. Padu ayat Hussain bagi..

Sejak Hussain Jamilul Hayat bertanding di rancangan realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2), namanya sering menjadi sebutan orang ramai. Selesai sahaja TTMM2, Hussain diberikan peluang pula untuk beraksi di pentas Big Stage Rocketfuel.

Bagi yang mengikuti perkembangan Hussain, pastinya mengetahui yang Hussain sudah mula memenuhi undangan untuk events. Undangan pertama Hussain adalah di Mydin Mall bagi majlis pelancaran “Jom Jalan MYDIN”. Selepas itu, Hussain menyertai pula Selangor Travel Fair 2026 di Central Market Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Gayahistyping, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Hussain bersama pihak wartawan sejurus selepas tamat Big Stage semalam. Banyak soalan yang diajukan kepada Hussain dan salah satunya berkenaan dakwaan Hussain tidak fokus kepada Big Stage.

Tindakan Hussain menerima job luar menjadi pendebatan di kalangan warganet. Namun Hussain tidak mudah melatah dan menjawab isu tersebut dengan tenang. Percakapan Hussain yang sopan dan soft spoken itu membuatkan warganet semakin mengagumi anak muda ini.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Sedih je bunyi Hussain cakap.. Insya Allah semoga berjaya di dunia & akhirat.. sentiasa ingat keluarga.. Soft spoken betul.. “

” Hussen ni dah di tak dir kan Allah aura nya Hussen ni ada dari tutur kata sopan senyuman Husen juga memukau ahlak nya sopan.. terus belajar per baiki persembahan penampilan rezki dak tertukar.. “

” Ya betul. Hussain ni bagus orgnya dan elok tutur katanya. Beradab. Tu ramai yg suka. Allah sentiasa pelihara dia.. Didikan Pak Hayat & Isteri, sopan ja cara hussain jawab.. “

” Ya Allah sopan lembut je ckp sejuk hati tgok Hussain moga Hussain jd bintang y popular dimurahkan rezeki Hussain aminnnnnnn yaa rabbai alamiinnnnnnnn.. “

” Lelaki idaman Hussain ni… tall, dark, hensem n soft spoken.. lembutnya bercakap.. inshallah abg Hussain trima je job insha’Allah skrng rezeki abg biarlh pdgn ngtif pepn rezeki dri Allah ada untuk abg.. “

” Peminat lps ni,hati2 masa bergambar…byk mata2 yg memerhati…jgn nk bersentuhan sgt, Hussain menjaga hati peminat dia,be humble Hussain.. “

” Suka betul dengan cara hussain ni berkata kata, lembut and tenang je cara dia.. also he looked so FINE yeeee last night.. Hussains yg baik dan sopan santun sejuk hati tenguk Hussain.. “

Semuanya rezeki yang sudah Allah aturkan untuk Hussain dah hasilnya dapat lah Hussain gunakan untuk keluarga dan keperluan diri. Semoga semakin murah rezeki Hussain selepas selesai Big Stage dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta tidak putus job, Aamin.

Tonton video di bawah :

@gayahistyping

GIT MEDIA: Hussain ulas dakwaan tak fokus sebab ambil job luar dan isu disentuh peminat perempuan. . Bagus Hussain ni, elok tutur kata. . #GITMedia #gayahistyping #bigstagerocketfuel2026 #bigstagerocketfuel #Hussain

♬ original sound – GIT MEDIA – GIT MEDIA

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok gayahistyping

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak