Artis / Selebriti
” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob
Video Raf Yaakob menyakat abangnya, Dato’ Fazley dengan menjatuhkan cermin matanya buat ramai terhibur. Adoi, boleh pula Raf ajuk cara Dato’ Fazley selamatkan cermin mata Dato’ Seri Vida hari tu. Part last Raf jadi DS Vida tu memang kelakar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Raf Yaakob, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Raf sekali lagi menyakat abang tersayang, Dato’ Fazley. Kali ini, Raf mengusik Dato’ Fazley dengan meniru aksi spontan abangnya menyelamatkan cermin mata milik kekasih hati, Dato’ Seri Vida yang hampir terjatuh baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Raf dilihat memakai cermin mata hitam yang diletakkan di atas kepalanya sebelum menghampiri Dato’ Fazley. Dengan sengaja, Raf menjatuhkan cermin mata itu di hadapan abangnya untuk menguji sama ada Dato’ Fazley akan bertindak pantas seperti yang dilakukannya terhadap DS Vida. Namun, jangkaannya ternyata meleset apabila Dato’ Fazley hanya membiarkan cermin mata itu jatuh tanpa cuba menyambutnya.
Tidak berputus asa, Raf mengulangi aksi tersebut buat kali kedua. Namun begitu, Dato’ Fazley tetap memberikan reaksi yang sama. Dalam nada berseloroh, Raf berkata Dato’ Fazley hanya menjadi superhero apabila bersama insan yang disayanginya. Sebaliknya, apabila melibatkan dirinya, yang diterima hanyalah usikan dan perkataan “bodoh” hingga membuatkan suasana menjadi lebih mencuit hati.

Perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan warganet yang terhibur melihat keakraban dua beradik ini. Ramai menyifatkan hubungan Raf dan Dato’ Fazley sangat sporting kerana mereka tidak pernah melepaskan peluang untuk saling bergurau serta mengusik antara satu sama lain.

Rata-rata warganet terhibur menonton video tersebut dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nie la dia bila adik jenis membahan je.. Suka tgk bonding 2 beradik ni… Kuat nyakat si adik pon… Blushing dh abang nya.. “
” Ada je akal nakal dia si raf nii.. Sabar je lah banglong.. Kita yg sulung ni mmg selalu kena bahan dgn adikk2 pun selalu kenaa.. “
” Sebab Raf dah turun tahta org terpenting di hati abg fazley. Hahhah gittew.. Org tgh bersemut tuuuu, jangan kacau, haha.. “
” Adoiiyaii guling2 kite gelak, yang last tu memang berdekah Raf gelak, hahahaha kuat kacau abang dia betul lah.. “
” Cemtu je dia gula gulakan abang dia yang tittle dato.. Bertapa bezanya taraf orang yg penting dan Tidak penting Zal, haha.. “
” Gelak last tu kena sngt eh.. Lama tak nampak rafy.. Semoga sihat2 selalu ya.. Takpe.. Klu abg tak sayang.. Kita sayang awaklah hehehe… “
” Hujung hujung tu gelak pun dah mcm DSV.. Kuat perli betul lah.. Siapa lg nk bahan Abg klu bkn adik tersyg kan haha.. Asmara ini yang hanyutkan kita, Asmara ini hanyutkan aku…”

Paling mencuri perhatian sudah tentu di penghujung video apabila Raf sempat berlakon meniru gaya Dato’ Seri Vida melayani Dato’ Fazley. Aksi bersahaja dan ekspresi wajahnya yang begitu menjadi membuatkan ramai tidak dapat menahan gelak ketawa.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG rafyaakob
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

