Artis / Selebriti
” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
Video respon Bella Astilah terhadap isu penyebaran gambar lama ibunya, Siti Zarina Astillah yang tidak pakai tudung raih perhatian ramai. Kesian Mama Bella, sanggup orang buat macam tu. Ini respon Bella sendiri..
BASS podcast yang berlangsung buat pertama kali malam tadi dikendalikan sendiri oleh Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Topik perbincangan pasangan ini lebih kepada kisah kehidupan mereka dan cabaran yang telah pun berjaya diharungi. Susah senang bersama mengharungi onak dan duri, kini pasangan ini boleh menarik lafaz lega.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Eiyka90, telah dikongsikan sedutan podcast tersebut yang memaparkan Bella meluahkan sedikit perasaan kecewanya. Kata Bella, ada yang mengecam rupa paras dan fizikalnya yang tidak sempurna. Tidak kurang juga yang mempersoalkan asal usul keturunan Bella yang mempunyai Dayang di awal namanya.
Bella turut menegaskan, dia tidak kisah sekiranya netizen ingin mengelarkannya apa sahaja, namun jangan sesekali melibatkan mamanya. Untuk info, ada pihak telah mengeluarkan gambar lama ibunya tanpa bertudung dan viral di media sosial.

Selain itu, Bella turut berkongsi satu trivia mahkamah yang dia sendiri baru sahaja menyedarinya setelah memerhati satu demi satu video yang ada. Cerita Bella, patut lah YB Saddiq selalu bertanya adakah tali leher yang dipakainya setiap kali ke mahkamah cantik atau tidak.
Rupa-rupanya itu adalah pemberian daripada Bella. Perkara itu baru sahaja Bella perasaan dan YB Saddiq mengatakan dalam nada berseloroh, kemungkinan Bella tertukar dirinya dengan pembantu Bella bernama Neil. Gelak Bella mendengarnya.
Jom tonton video di bawah :
@sitieiyka90
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Alhamdulilah,bela dpt yb,yb seorg yg brfikiran yg luas n mmahami ap yg prlu d ucap n xprlu d ucap .Alhamdulilah.. “
” Alhamdulillah Bella comelnya dua2 Bella dapat YB Syed sadddiq seorang penyang penyabar terbaik segala gala nya boleh Bantu orang semuanya Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamiin.. “
” Bella jangan Layan apa yang orang cakap, tak semua orang tahu apa yang kita lalui. yang body shaming tu actually dorg tu sempurna sgt ke? acah² je..haters kn? lebih kepada busuk hati je kn?.. “
” Aduhhh…sebak la bila dngar kata2 Bella…plsss la stop kecam2 tu…she deserves some happiness.. “
” Lawakk la bella dia bagi dia lupa haha.. arrrrr gelak bella tu mcm budk skolah je bunyiknya.. “
” Lepas rindu.. even topik kahwin n cinta tak byk, tapi sy tetap sukaaaa! Schaa nnt edit berapa kali YB sebut ‘next kahwin laaa’ .. “
” Hahaha yb jeles dgn niel.. ble buat kot vt koleksi tie yb msa kat mahkamah..hehehehe.. Suka dgr bella ketawa.. Sweet je.. mcm mana lah yb x syg.. “
Sweet sungguh YB Saddiq ini, apa sahaja yang Bella berikan pasti akan digunakan dengan sebaiknya. Bella sendiri pun terlupa tali leher itu pemberiannya. YB Saddiq sentiasa menghargai Bella dan membawa semangat Bella bersama ke mana sahaja. Apa-apa pun, semoga terus berbahagia dan cepat-cepat kahwin.

Silakan SHARE..
Sumber :Tiktok Siti Eiyka , Tiktok Cik Dotty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

