Connect with us

Artis / Selebriti

” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq

Video YB Syed Saddiq memberikan ucapan terima kasihnya kepada tunang tersayang, Bella Astillah sejurus selepas dibebaskan dari pertuduhan. Wah part perancangan perkahwinan tu excited betul dengar. Dah tak lama lah ni.. 

Hari ini menjadi hari paling bermakna dan bersejarah buat ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq apabila dirinya dilepaskan dan dibebaskan dari semua pertuduhan berkaitan isu penyelewangan dana ARMADA. 6 tahun berjuang untuk membersihkan namanya, akhirnya kebenaran tertegak jua.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Team Bass Official dan Utusan Online, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sidang media sejurus selepas keputusan hakim diumumkan. Seluruh keluarga terutamanya mama dan abuya kelihatan gembira dengan keputusan ini.

YB Saddiq menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada mama, abuya, ahli keluarga dan teristimewa buat tunang tersayang, Bella Astillah. Kata YB Saddiq, Bella setia menemani dan selalu ada di sisi dalam menempuhi waktu getir dan segala jasa Bella akan YB Saddiq kenang selalu.

YB Saddiq juga memberitahu mama dan abuya memberikannya green light untuk meneruskan persiapan perkahwinannya bersama Bella. Ketika diajukan mengenai persiapan tersebut, YB Saddiq memberikan jawapan yang membuatkan semua tersenyum lebar dan tidak sabar menanti hari bahagia mereka berdua.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Bella dari dulu lagi dia setia. Bella seorg yg bila dia dah syg n serah hti dia mmg sepenuh hati, setia, sanggup susah senang bersama…semoga kalian bahagia bersama anak2…Aamiin.. “

” Syukur Alhamdulillah smoga dipermudahkan urusan perkahwinan syedsaddiq bellaastillah.. kami semua xsabar menanti hari bahagia kalian berdua Aamiin.. “

” Bella dari dulu jenis yang setia baik orang nya..betua yb.. moga di satu kamu berdua kekal kehari tua dn jannah.. “

” Bella memang setia YB.. sporting gila siblings YB.. bertuahnya Bella.. Allah is so kind.. Alhamdulillah.. ulang banyak kali senyum sorang aku.. “

” Alhamdulillah syukur . Smoga dprmudhkn next step yb dan bella.. green light ye yb.. secepat mungkin ye yb.. kami nak rewang hehe.. “

” Alhamdulilah.. Alhamdulillah yeahhh syukur sgt2. Kami pulak yg touching. Wedding of yearrrr! Is coming.. “

” Touching betul ucapan yb saddiq untuk tunang tersayang tu. ikhlas dari hati yang paling dalam.. bertuah bella kerana betul2 dihargai oleh lelaki yang tepat.. “

Ucapan terima kasih yang sangat bermakna daripada YB Saddiq untuk tunang tercinta. Betul kata YB Saddiq, bukan perkara yang mudah apabila Bella memilih untuk bersama dengan dirinya namun Bella membuktikan kesetiaan dan segala pengorbanan berbaloi. Semoga BASS cepat-cepat kahwin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Teambassofficial, IG Media Hiburan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak