Artis / Selebriti
” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Elly Mazlein dan Que Haidar miming lagu dangdut nyanyian Iwan dan Ramlah Ram buat ramai terhibur. Kak Lina punya goyang, macam nak tercabut kepala tu. Lawak lah dua-dua ni, masuk air sungguh, haha..
Nama pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Kak Lina terkenal dengan personalitinya yang bersahaja serta telatah spontannya yang sering mencuit hati. Tidak hairanlah setiap perkongsiannya di media sosial sentiasa berjaya menghiburkan para peminat.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Kak Lina memuatnaik sebuah video gabungan bersama pelakon terkenal, Que Haidar. Menerusi video tersebut, mereka berdua dilihat membuat miming sebuah lagu dangdut yang bertajuk Saluing Percaya, nyanyian asal Iwan dan Ramlah Ram dengan penuh penghayatan.
Namun, apa yang paling mencuri perhatian ialah aksi Kak Lina yang tidak henti-henti menggerakkan kepalanya mengikut rentak lagu. Gelagatnya yang bersungguh-sungguh itu membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa, malah ada yang berseloroh mengatakan mereka pula yang terasa penat melihat aksi tersebut.

Warganet juga terhibur dengan keletah Kak Lina yang sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang sentiasa menghidupkan suasana dengan karakter ceria dan lawaknya. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. Menggelenyor yg teman apperoffff sbb syomelll.. “
” Amboi si duda ni punnn kemain ehhh… Macam baru keluar dari sangkar jeee dok memikat sana sinun, hahahaha.. “
” Ya rabbi buasnye kak lina.. Mntk tolg peminat kt umah tu tolong azan sikit hahahha.. Dah mcm ikan keli ku tengok kak lina ni, hahahaa.. “
” Cikgu Azlan mana Cikgu Azlan… Rotan dia tu… Biaaasssaaa dia tuuu.. Kak Lina makan vitamin apa.. Pakej aktif dengan hyper sekali ni.. “
” Watak perempuan. Rock kpg muslimah. Watak lekaki. Team nasyid marhaban zaman2 P Ramlee. Aku tgh mnom tersembur hbs bsh screen fon..
” Kak Lina yg pusing2 pala,aku lak yg pening nieeeee.. Try cek tulang2 tu.. Ada tak yg perlu buat alignment sikit, hahahaha.. Makin menjadi2 yer Kak Lina, haha.. “
” Ambekkk kau dah kena renjatan letrik kak Lina kepom oiii.. Geram tgk. Macam ulat belatung dah tu, hahahaa.. Masuk air betul kak lina ni.. “
Perkongsian tersebut sekali lagi membuktikan bahawa Elly Mazlein mempunyai aura tersendiri dalam menghiburkan orang ramai. Walaupun sekadar menghasilkan video santai, gelagatnya tetap berjaya menceriakan hari para peminat dan membuatkan ramai ternanti-nanti perkongsian menghiburkan daripadanya selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rayyan berlari pun beza dengan yang lain. Dah memang terlatih, power.. ” – Komen Netizen

