Artis / Selebriti
” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
Respon Elly Mazlein apabila ditanya adakah sedang hamil setelah kemunculannya dalam sebuah video buat ramai terhibur. Macam tu je Kak Lina tutup spekulasi, haha..
Elly Mazlein sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila muncul dalam satu video POV sebagai duta sebuah kedai emas yang digelar “duta terpaling function” oleh peminat. Menerusi video tersebut, Elly dilihat benar-benar melaksanakan tugasnya dengan penuh mesra pelanggan.
Elly menyambut kedatangan pelanggan di bawah hujan sambil memayungkan mereka hingga ke kereta. Aksi spontan dan layanan mesra itu membuatkan ramai netizen terhibur serta memuji cara promosi yang nampak “hidup” dan tidak dibuat-buat.
Namun, selain gelagat cerianya, penampilan Elly yang kelihatan sedikit berisi dalam video itu turut mengundang pelbagai andaian di kalangan penonton. Ada yang berseloroh mendakwa Elly mungkin sedang hamil, tetapi Elly tidak membiarkan spekulasi itu berpanjangan.

Dengan gaya selamba dan humor yang menjadi trademark dirinya, Elly hanya memberikan respon ringkas bahawa itu sekadar “bengkak makan”, sekali gus membuat ramai netizen terhibur dan menutup spekulasi dengan cara yang santai.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata peminat turut menyifatkan Elly sebagai seorang selebriti yang sentiasa natural, tidak terlalu formal dalam menyampaikan kandungan promosi, dan mampu menceriakan suasana walaupun hanya melalui video ringkas. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Bestnya kalau pegi kedai emas dpt layanan mcm ni. beli puluh ribu emas pun rasa berbaloi2 lah. Datang nilai pula kak iamellymazlein, nanti saya datang beli .. “
” Kedai emas cawangan mana, kak elly. ya Allah bengkak makan pestime dengor kak lina , Kalau macam ni duta, blh sign contract seumur hidup ni.. mcm mengandung. “
” Kalau x huru hara, bukan kak lina iamellymazlein la ekkk…?! sila naikkan gaji kak lina iamellymazlein pastu sila lah bagi bonus 20 bulan kepada beliau .. “
” Saya luv lah dengan kak lina ni ..nanti sampaikan salam saya buat elly mazlin yee..maceh. Alaaa rugi nya xpegi…nk jumpa artis no syatuuu.. “
” Dia laa sign. Dia laa payung. Dia laa semua. Takkan tidak ekk Omeyy laa perut bengkak. Kepon pegnen ke?? Laa aku tertinggal ketapi ni.. yihhh.. “
” Terima kasih kerana hiburkan saya Merchantlina!!! Kak lina pom pom memang terbaikkk!!! Loveeeeee selalu. Kak kepom ada bby ke tu.. “
” Bestnya kalau pegi kedai emas dpt layanan mcm ni. beli puluh ribu emas pun rasa berbaloi2 lah. kak lina tetap comel walau bengkak makan.. “
Respon Elly apabila netizen meneka bahawa dirinya sedang mengandung :

Gaya bersahaja inilah yang menjadikan namanya terus relevan dalam industri hiburan dan media sosial, selain membuktikan kenapa setiap kemunculannya sering menjadi perbualan ramai. Jelas sekali, gaya “paling function” yang dibawanya bukan sekadar hiburan, tetapi juga strategi promosi yang berjaya meninggalkan impak di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kedai Emas Merchant
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira

