Artis / Selebriti
” Pandainya dia, gempak betul semua result Sefhia.. ” – Komen Netizen
Video Kak Lina Pom Pom menghadiri Academy Report Card Day anak sulungnya, Puteri Sara Sefhia curi perhatian peminat. Wah bukan kaleng-kaleng result Sefhia. Hebat macam mamanya juga..
Kehidupan pengacara, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom seringkali menjadi perhatian warganet. Kak Lina dikurniakan seorang cahayamata dari perkahwinan pertamanya bersama Azmi Hatta. Anak ini diberikan nama Putri Sara Sefhia.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina menghadiri satu majlis khas di sekolah Sefhia. Ianya merupakan Academy Report Card Day yang mana ibu bapa akan diberikan keputusan peperiksaan untuk anak-anak mereka.
Sefhia memperolehi keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaannya kali ini. 10 mata pelajaran yang diambil oleh Sefhia dan hasilnya sangat gempak. Kak Lina juga memaparkan keputusan penuh peperiksaan Sefhia itu menerusi video ini.

Kak Lina turut mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada guru yang mengajar Sefhia. Dari suara dan percakapan Kak Lina menunjukkan betapa gembiranya Kak Lina dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak perempuannya ini dalam pelajaran.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” MasyAllah good girl congratulations.. anak solehah yang super bijak ni. Persatuan mak2 majmuk sedonia tumpang happy & bangga. Tahniah utk Sefhia.. “
” Tahniah kakak sephia. yang penting pandai macam kak lina jugakkk. mewarisi sangat.. “
” Tahniah sygg.. you makes your mommy proud of you. Hewhew.. pandainya dia. gempak betul semua result Sefhia.. “
” MasyaAllah Tabarakallah semoga Sefhia sentiasa berjaya dunia akhirat.. sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.. anak cikgu kan, mahu nya tak bijak camni.. “
” Wow manja, hebatnya dia. tahniah mama papa.. guru terbaik di rumah.. semoga Sephia membesar menjadi anak solehah yg berjaya..Aamiin.. “
” MasyaAllah tabarakallah. Pandainya awak. tahniah pd ibunya ckgu. Moga terus cemerlang.. Gembira hati mummy nya dan papa.. “
” Allahu bijaknya dia… Aduhai… Mak dgn anak sesama terpaling no syatu lah.. Maknya no syatu… maka anaknya apatah lagi. Takkan tidakkk.. TEPOK MALAYSIA.. Tahniah, Sefhia! Fly high always.. “
Pastinya Kak Lina merasa bangga dengan pencapaian yang dicapai oleh Sefhia untuk peperiksaannya itu. Anak yang bijak hasil didikan dan asuhan Kak Lina dan Papa Azlan. Semoga Sefhia terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak payah, tak payah, ni perempuan. Sorry ye Cik B. Jadi hal kecuali.. ” – CIkgu Shafi

