Artis / Selebriti
” Amboi cikgu Geografi dah pandai berlakon ya. Kelakar ler laki bini ni.. ” – Komen Netizen
Video adegan romantis Kak Lina Pom Pom bersama Cikgu Azlan buat ramai terhibur. Wah, Cikgu Azlan faham assignment kali ni. Tersipu-sipu malu Kak Lina dibuatnya dan terus berlari ke bilik. Part tulis diari tu tak menahan betul ayat Kak Lina, haha..
Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina antara selebriti yang selalu menghiburkan warganet dengan telatahnya yang lucu. Tidak hanya Kak Lina, kelibat suaminya, Cikgu Azlan yang ada kalanya muncul dalam content Kak Lina menggeletek hati warganet yang menonton video mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video terbaru Kak Lina bersama Cikgu Azlan. Pada awal video, Kak Lina kelihatan sedang mengangkat sebiji periuk dan meminta pertolongan daripada Cikgu Azlan yang turut berada di dapur.
Ekspresi wajah Kak Lina yang memuncungkan mulutnya sebagai isyarat supaya Cikgu Azlan mengalihkan periuk yang ada di atas meja ke tempat lain disalah anggap oleh Cikgu Azlan. Spontan Cikgu Azlan mengucup pipi Kak Lina dan ianya membuatkan Kak Lina tersipu-sipu malu.

Tindakan Kak Lina selepas itu semakin membuatkan warganet terhibur. Warganet menyangka Kak Lina akan berlari keluar kerana malu tetapi rupa-rupanya Kak Lina berlari masuk ke bilik tidurnya untuk menulis kejadian itu di dalam sebuah diari. Ayat-ayat Kak Lina membuatkan ramai terhibur, kelakar sungguh isteri Cikgu Azlan ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Dia sorang la ada laki ek.. Lipat la bumi ni Lin.. kita pulak yang senyum senyum sorang tengok kepom ni.. “
” Ehh.. cepat cgu Azlan balek.. baru jumpa kt kantin tadi hehe.. kelako ler laki bini ni, tp cikgu xpanas ke periuk dipegang tu, atau hangat lg cinta cikpompom kt cikguuuuu cia cia cia.. “
” Hahaha tulis dalam diari tak tahannn.. cikgu tak silap pilih pasangan.. kak kepom tak salah pilih pasangan.. dua dua sama masuk air.. tak sangka cikgu pun lawak.. “
” Amboi cikgu geografi dah pandai berlakon ya.. aku ingatkan kepom nak lari keluar peluk pokok, sekali tulis diari kau.. amek nak, ko ada haha.. “
” Amboi romantisnya, peminat main cium cium pulak ye hehe.. letih lah masyarakat nak senyum gini.. dia macam salah tapi macam betul jugak tu haha.. “
” Terus drama Latin dia bagi siap lari tulis diari.. pastu senyum seminggu.. no syatuuu laa kak kepomm a.k.a bendahari.. ada ada je hahah.. “
” Blushing pulak Soraya haha.. Yang papa pun tengah kemarok periok panas pun tak rase haha.. hati berbunga tu dapat rasa sampai ke sini.. “
Ada sahaja idea Kak Lina untuk menghiburkan warganet dengan telatahnya itu. Kak Lina dan Cikgu Azlan memang sporting dan saling melengkapi antara satu sama lain. Semoga Kak Lina dan Cikgu Azlan berbahagia selalu sampai ke akhir hayat dan rumahtangganya aman damai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

