Artis / Selebriti
” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Kak Lina dan Kamal Adli bercakap dalam loghat Kelantan buat warganet terhibur. Kelakar lah Kak Lina ni, mentang-mentang lah Cikgu Azlan orang Kelantan. Kamal pun tak mahu kalah, ‘deh’ tak sudah-sudah, haha..
Gandingan Kamal Adli dan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sebagai duta Jakel untuk kempen baju raya 2026 satu percaturan yang terbaik. Karakter Kak Lina yang kelakar sesuai dengan Kamal yang juga kelakar orangnya. Kedua-dua seringkali membuat aksi random yang menggeletek hati warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Jakel Textile, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina dan Kamal mempromosikan baju raya Jakel dalam loghat Kelantan. Memandangkan suami Kak Lina berasal dari Kelantan, sedikit sebanyak Kak Lina dapat bercakap dalam dialek Pantai Timur ini.
Warganet terhibur mendengar percakapan Kak Lina itu. Tentunya Cikgu Azlan sendiri tergelak mendengar Kak Lina bercakap Kelantan. Kamal pula penambah perisa dalam video ini. Tidak mahu kalah, Kamal juga cuba bercakap dalam loghat Kelantan seperti Kak Lina.

Loghat Kelantan Kamal dan Kak Lina kedengaran pelat dan sedikit pelik. Kamal sendiri dari awal sehingga ke akhir video, tidak henti menyebut ‘deh’ yang sinonim dengan orang Kelantan. Terhibur warganet dengan telatah duta Jakel yang serba boleh dan lucu ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia kecek Kelate pulok deh.. letih la main dengan sek dio ni gak. serba boleh jakelina nii.. yg kamal asikla deh deh.. k lina, kamal function giler..”
” Tahun ni duta Jakel semua function teruk.. kak lina jgn dok kecek depe cik abe cikgu lah dey. nanti dio kutir mulut. kecek gapo dio pun dok pehe haha.. “
” Pandai doh kecek kelate sebab tok laki ore kelate kae, auto jadi pandai kecek kelate la. Betul kae kak lina.. “
” Cikgu geografi kann oram klantan,, roh kelate merasuk kak lina kepom haha.. comel dialek Kelantan kak lina.. “
” Yo lo Kak Lina.. sedak dengar kecek Kelate.. penat lah haku, gabungan rakan sekerja yang meletop.. “
” Letih la aku deh haha.. dia mari dengan kecek pulop doh , haha.. lawak laa kak Lina ni.. comel kecek Klate.. “
” Penat lah gelak oii.. bila cakap Kelantan, tak terfikir tu kak lina., lain jadi suaranya. Tambah si kamal tak abis-abis deh deh deh.. “
Bukan main lagi 2 duta Jakel ini mencuba bercakap dalam loghat Kelantan. Kedengaran agak kelakar dan menghiburkan warganet yang menontonnya. Semoga Kak Lina dan Kamal terus maju jaya dalam kerjaya mereka dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jakel Textile, Tiktok Jakel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

