Connect with us

Artis / Selebriti

” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya

Video dan gambar Nur Fazura dan Fattah Amin hadir ke program sekolah anak mereka, Nur Fatima Aisya. Wah, 1st time nampak Fazura, Fattah dan Fatima dalam 1 frame selepas bercerai. Seronok sungguh Fatima bila Mummy dan Daddy ada bersamanya buat aktiviti..

Perkongsian terbaru di akaun Instagram milik anak selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya telah mencuri perhatian ramai. Menerusi satu hantaran, Fatima berkongsi momen indah ketika menyertai sambutan Hari Kebudayaan di sekolah yang disifatkannya sebagai antara kenangan paling bermakna pada tahun ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Fatima meluahkan rasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya sepanjang program berlangsung. Malah, Fatima turut berasa bangga kerana membuatkan mommy dan daddy berasa bangga dengan persembahan yang telah dipersembahkannya di atas pentas.

Bukan itu sahaja, Fatima turut berkongsi bahawa dia sendiri menyediakan sandwic dan yogurt buah khas buat daddynya. Selain menyaksikan persembahannya, kedua ibu bapanya juga berpeluang melihat hasil kraftangan yang dihasilkannya di sekolah dan ianya juga menjadikan hari tersebut lebih bermakna buat mereka sekeluarga.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Fatima turut meluahkan rasa teruja untuk melangkah ke Tahun Satu pada tahun hadapan dan berharap dapat terus belajar bersungguh-sungguh dan menimba lebih banyak ilmu, selain mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

Perkongsian yang penuh dengan rasa syukur dan kasih sayang itu menyentuh hati ramai pengikutnya. Lebih mengundang perhatian apabila inilah kali pertama Fazura, Fattah dan Fazura kelihatan berada dalam satu video dan gambar yang sama selepas berpisah.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Fatima apabila kedua-dua ibu bapanya hadir menemaninya pada hari yang cukup bermakna itu. Dalam masa yang sama, perkongsian tersebut turut menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa yang telah berpisah, membuktikan bahawa hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

(Klik butang > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya)

Silakan SHARE..

Sumber : IG nurfatimaisya, fattahaminz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Massager

Trending

Copyright © Berita Kopak