Artis / Selebriti
” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
Perkongsian Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza sempena hari lahir cucunya, Ara Adreanna buat warganet tersentuh. Sebaknya baca bait-bait ayat yang Hafiza tulis buat Ara dan Ayden..
Perkongsian terbaru ibu pelakon dan penyanyi yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza atau Fiza Aziz sekali lagi meraih perhatian ramai. Hafiza berkongsi ucapan penuh kasih sayang sempena ulang tahun kelahiran cucunya, Ara Adreanna menerusi satu hantaran di Instagram.
Umum mengetahui yang Ara merupakan anak kedua hasil perkahwinan Aliff Aziz dengan Bella Astillah sebelum ini. Menerusi perkongsian itu, Hafiza mendoakan agar Ara dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Selain itu, Fiza turut berharap agar cucunya membesar dengan penuh kebahagiaan dan menjadi anak yang solehah. Walaupun berjauhan, Fiza mengakui dirinya bersama ahli keluarga lain sentiasa mengingati Ara dan abangnya, Ayden Adrean. Menurutnya, jarak bukan penghalang untuk terus menyayangi dan mendoakan kebahagiaan kedua-dua cucunya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Ara serta mendoakan agar dia membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Setakat ini posting yang dimuatnaik oleh Hafiza telah menerima hampir 3000 tanda suka sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Masa akan merawat segalanya inshaAllah.. Semoga segala urusan puan dipermudah Insyaallah.. kita tidak berada di tempat mereka, kita tak tahu hal yg sebenar.. “
” Smg dilembutkan hati kedua belah pihak suatu hari nanti.. insy hub anak dan ayah akan baik2 1 hari nnti. Teruskan berdoa. Amin yra.. “
” Pergi lahh visit mereka berdua.. insyaallah moga dipermudahkan. Buang yang keruh masing2 dah ada kehidupan masing2.. “
” Semoga soon semua belah pihak baik2 aja dan berdamai demi anak2 cucu2 insyallah.. Hanya Allah maha mengetahui” pls respect their privacy.. “
” Moga ada kesudahan yg baik utk mereka sekeluarga. Abaikan komen negatif.. Semoga Aunty sekeluarga sabar dan tabah menjalani ujian ini.. “
” Ara dan ayden akan sentiasa ingat pada ayah dan nenek dia sampai dia besar nanti.. ts ok, theres no need for us to know the reason behind. Just doakan yg baik2.. “
” Buang yg keruh ambik yg jernih auntie..pergilah visit cucu2 auntie.. ajak ayahnya sekali.. Happy Birthday Ara.. “

Bak komen warganet, buang yang keruh dan ambil lah yang jernih. Mungkin ini lah masanya untuk kedua-dua belah keluarga berbaik demi Aydan dan Ara. Apa-apa pun, air yang dicincang tidak akan putus. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik, sama-sama kita mendoakan.
Baca perkongsian Hafiza di bawah :

Silakan SHARE..
Sumber : IG fizaaziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen

