Artis / Selebriti
” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
Video telatah anak-anak Bella Astillah, Ayden Adrean dan Ara Adreanna apabila dapat bertemu Daddy Syed Saddiq mereka buat ramai tersentuh. Sayang sungguh Ara pada Daddy Saddiq. Part Ayden peluk YB Saddiq pun touching sangat..
YB Syed Saddiq baru sahaja sebentar tadi menamatkan larian kesyukurannya dari Istana Kehakiman Putrajaya dan berakhir di Muar, Johor. Sejak hari Khamis lagi, YB Saddiq memulakan lariannya itu. Sebelum bertolak, YB Saddiq sempat meluangkan masa bersama anak-anak Bella, Ara Adreanna.
Kini setelah beberapa hari tidak bertemu, Ara dan abangnya, Ayden Adrean akhirnya kembali bertemu daddy kesayangan mereka itu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Team Bass Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Ara dan Ayden ketika bertemu YB Saddiq.
Video ini dirakamkan semalam di sebuah restoran Merlimau, Melaka. Ara seperti biasa, sentiasa mahu didukung oleh daddy Saddiq setiap kali berjumpa. Kelihatan Ara merapatkan pipinya ke pipi YB Saddiq dan ianya membuktikan kasih sayang Ara terhadap YB Saddiq.

Ayden pula tidak melepaskan peluang untuk memeluk dan bermanja dengan YB Saddiq. Ada yang mempersoalkan mengatakan YB Saddiq tidak menghiraukan Ayden, namun realiti sebenarnya, Ayden sejak awal lagi telah pun memeluk erat Daddy Saddiq sambil kepalanya diusap oleh daddy Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Ayden anak yg beradap, dia dulukan adiknya. dia fahaM. Semoga dipermudahkan segala urusan perkahwinan dan dijodohkan bersama amin YRA.. “
” Sebak tgk Ayden peluk YB.. dia tnya bella boleh x nak peluk daddy dia..may be sebb dia faham daddy dia penat..tinggi sgt adab & simpati ayden.. “
” Alahai part ayden peluk yb tu , Terharu tengok ayden. Kedua anak bella sangat mengidolakan daddy ss. Terharuuuu.. Sebak didada.. Tumpang happy buat bella dan anak2. Kalian happy terus yaaa BASS.. “
” Terharu…anak2 nak peluk daddy. Daddy pun dah rindu anak2.. kiut je Ara kiss daddy.. dia letak pp diaaa.. “
” Suka tengok ara cium pipi daddy dia. Touching bila peluk n usap2 cmtu…Sebak tgk anak2 bella rapat btl dgn YB.. adududud..moga bahagia nnt.. “
” Pandai betul YB ambil hati Ara dan Ayden ni. Belum jadi daddy tapi dah rapat betul dgn anak2 Bella. Bertuah Bella dapat YB ni. Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga. Aamiin yra.. “
” Happy Ara dapat jumpa daddy… Happy Birthday Ara.. Yg ke 6 th… Ye. Nk celebrate birthdays dgn daddy dia jg.. “
Seronok Ayden dan Ara apabila dapat bertemu dengan daddy Saddiq. Kasih sayang yang tulus dan ikhlas dapat dilihat dari pelukan penuh kasih sayang Ayden, Ara dan YB Saddiq itu. Semoga Allah sentiasa mengurniakan Ayden dan Ara nikmat kasih sayang seorang ayah sebegini selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Teambassofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

