Connect with us

Artis / Selebriti

” Oii banyak kak, ngeri. Saya pernah reached paling tinggi saya rasa.. ” – Shuib Sepahtu

Video Shuib Sepahtu mendedahkan jumlah hutangnya yang ramai tak tahu mengejutkan ramai. Fuhhh, tak sangka sampai banyak tu hutang Shuib. Patut lah Thalita cakap nak tolong daddy dia. Ini sebenarnya punca hutang tu.. 

Menerusi perkongsia di akaun Tiktok milik Too Pretty To Handle, pelakon yang juga merupakan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mendedahkan pernah berhutang sebanyak RM15 juta ringgit. Perkara ini sememangnya mengejutkan ramai kerana jumlah hutang itu agak besar.

Menurut Shuib, setelah mengambil alih satu syarikat, hutang yang ditinggalkan pada ketika itu telah mencecah belasan juta ringgit. Disebabkan hutang itu, Shuib terpaksa berkerja keras tanpa henti untuk mencari duit bagi membayar hutang-hutang tersebut.

Tambah Shuib lagi, hampir separuh daripada jumlah hutang itu telah berjaya diselesaikan hasil kerja kerasnya dalam tempoh 5 tahun. Apa yang lebih menyentuh hati warganet apabila mengetahui anak Shuib, Thalita turut membantu daddy dan keluarganya menggunakan duit show yang diterimanya.

Shuib turut meluahkan rasa sedih tidak dapat mengikuti isteri dan anak-anaknya berniaga di Singapura disebabkan sekatan yang dikenakan terhadapnya. Selain itu, Shuib turut meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anak-anak memahami keadaan ekonominya yang tidak begitu stabil sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah :

@tooprettytohandle_

Shuib @shuibsepahtu : RM 15 JUTA..JUMLAH HUTANG YANG DITANGGUNG SHUIB. #estikamedispa #telekungtea #shuibsepahtu #watiehanifiah #tooprettytohandlepodcast @estikamedispa @telekungtea

♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle

@tooprettytohandle_

Shuib & Watie : THALITA BANYAK BANTU KELUARGA, SAYA RASA MACAM LOSER SANGAT.. #estikamedispa #telekungtea #shuibsepahtu #watiehanifiah #tooprettytohandlepodcast @estikamedispa @telekungtea

♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle

Perkongsian video ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :

” 15 juta tu termasuk epf staff ke.. Makaiii 15M . Aku hutang 60 hengget spay pon pening dh hahaha.. semoga dipermudahkan.. “

” Hutang LHDN tu. Takeover company.. tu laa.. dok rasa macam tu dah… lhdn kacau habis ow.. tak yah cerita shuib org tau mengata je.. “

” Allah… aku Shopee Pay installment 145 hengget sebulan pun serabut dah.. lebih baik saya saya jadi sederhana tak ada hutang.. “

” Sebenarnya tak tahu apa motif selebriti umum masalah hutang jumlah tunggi etc.. 15 juta hutang boleh main golf lagi hebat hang shuib.. “

” Letih buat business gitu… Tiada buat risk assessment sesuatu product.. kenapa tak minta tolong Jep dia kan kaya.. “

” Tapi aku dgr org kaya mmg berhutang.. ada sebabnya.. klu hutang bole bayar ok je..jgn x bole bayar tu gagal la.. Bkn senang nak senang.. “

” Dia hutang byk pon, masuk nya byk.. sbb dia berusaha keras.. bahagia itu bukan berpandu apa yg kita ada..tapi dari apa yg kita rasa.. “

Pujian harus diberikan kepada Shuib kerana Shuib bertanggungjawab melangsaikan hutang-hutangnya sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, Shuib mempunyai support system yang kuat iaitu isteri dan anak-anak. Semoga Allah permudahkan urusan Shuib untuk membayar baki hutang-hutang yang ada.

Silakan SHARE..

Sumber : TT Too Pretty To Handle

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak