Artis / Selebriti
” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
Video anak lelaki Shuib Sepahtu, Ayash Affan menyanyi lagu arwah ibunya, Jangan Kau Mimpi buat warganet terhibur. Amboi, Ayash hafal lah lagu ibu. Pelat-pelat pun tempo tak lari tu. Yang penting, confident..
Gelagat anak lelaki terakhir peninggalan arwah Siti Sarah untuk Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan seringkali mencuri perhatian warganet dengan telatahnya. Ayash yang dilahirkan pada 6 Ogos 2021 kini sudah 5 tahun usianya dan membesar dengan sihat di bawah jagaan ibu Shuib.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Watie Shuibb, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Ayash ketika bersama Thalita dan Watie. Kelihatan menerusi video perkongsian ini, Thalita sedang berkaraoke dan Ayash turut menyertai Thalita.
Lagu dendangan arwah Siti Sarah, Jangan Kau Mimpi dinyanyikan oleh Ayash dengan caranya tersendiri. Ayash turut menyanyikan beberapa lagu lagi. Nyanyian Ayash yang masih pelat sebutannya ini menghiburkan dan mencuit hati warganet. Ayash sememangnya suka menyanyi dan ini bukan kali pertama video Ayash menyanyi dikongsikan.

Ayash dengan penuh bersemangat menyanyi lagu ibunya itu. Thalita dan Watie pula memberikan sokongan kepada Ayash. Tidak hanya Thalita, Ayash juga ada bakat menyanyi kerana darah seni mengalir dalam badan Ayash. Apabila dewasa kelak, tentu sedap nyanyian Ayash ini.
Jom tonton video di bawah :
@user725208503376
@user725208503376
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Mslahnyaa kakak dy tuhh btl2 bg smngt dkt adikk dy.. comel aaarrrrggghhhhhhh… ank syurga siti sarah n kesayangan watie.. “
” Walaupun bnyi x pham tapi comel.. mmg darah penyanyilah diorang ni mmg walaupun pelat tapi kena je tempo dia.. “
” Pandainya ayash nyanyi lagu ibu. future Singer hebat for his age .. Yng penting ada bunyi.. penuh penghayatan. pandai menguasai pentas.. “
” Bijakkkkk…comeyyy lak tu.. mesti nanti minat nyanyi macam tata.. Janji ada nada aysh.. OK ada la bunyi walau x fhm hehe.. “
” Masyallah hebat ayash.. Pndai nya dia.. kecik2 dh pandai nyanyi nada pun kecik2 dh pandai…mantap lah Ayash.. “
” Cute…. betul dn pandai membawa lagu arwah mama adik.. Dia tahu x,tu lagu ibu dia .. Ada pitch yg perfect ni.. bakal perform juga nanti.. ”
” Wow..semua anknya boleh nyanyi .. pandai dia hafal.. tidak mahu kalah dgn akaknya hahaha.. hebat dia nyyi lagu ibu.. “
” Wow terbaik hafal semua… tempo tak lari. love love la Ayash.. semangat Dya lagu..bukan senang budak kecil MCM ni menghayati lirik lagu..cepat tangkap lirik lagu..namanya berwariskan ibubapa artis..anak pun mudah mgafal lirik lagu.. “
Seronok warganet mendengar nyanyian oleh Ayash itu. Walaupun Ayash masih pelat, namun tempo lagu tidak lari. Ayash juga mewarisi bakat seni Siti Sarah dan tidak mustahil, apabila Ayash besar nanti, Ayash akan menjadi penyanyi seperti Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watie Shuibb
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

