Artis / Selebriti
” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
Video Shuib Sepahtu buat pertama kalinya berkongsi cerita petanda yang dia dapat sebelum permergian arwah Siti Sarah. AllahuAkbar, banyak betul rupa-rupanya hint yang Allah bagi. Sebaknya dengar..
Pejam celik, pejam celik, sudah hampir 5 tahun berlalu sejak arwah Siti Sarah Raissuddin kembali kepada PenciptaNya. Menyingkap kembali, Siti Sarah telah meninggalkan semua pada 9 Ogos 2021 akibat C0vid 19, selepas 3 hari melahirkan cahayamata ke empatnya, Ayash Affan.
Ianya moment yang cukup menyentuh hati peminat dunia hiburan kerana Siti Sarah adalah artis kesayangan ramai. Sifat Siti Sarah yang penyayang, dermawan dan pemurah itu membuatkan ramai yang terkesan dengan pemergiannya, lebih-lebih lagi Shuib dan anak-anak.
Meninjau entry di akaun Instagram Ceritamalamjumaat, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast Cerita Malam Jumaat yang mana Shuib menjadi tetamu jemputannya. Banyak kisah yang dikongsikan sepanjang podcast ini berlangsung mengenai kehidupan Shuib.

Salah satu kisah yang Shuib kongsikan adalah mengenai pemergian Siti Sarah. Shuib menyedari banyak petunjuk dan petanda yang ditunjukkan oleh Allah sebelum Siti Sarah pergi untuk selama-lamanya. Salah satunya adalah ketika Shuib memberitahu Siti Sarah mengenai pemergianpembantu rumah mereka yang turut dijangkiti C0vid 19.

Kata Shuib, Siti Sarah menangis sewaktu mendengar berita duka itu. 7 hari selepas itu, Siti Sarah pula menyusul dan meninggalkan Shuib dan anak-anak. Shuib juga memberitahu satu lagi petandanya adalah sewaktu ambulans datang mengambil Siti Sarah untuk dibawa ke hospital.

Menurut Shuib, dia berasa terkejut kerana ambulan dan pemandu yang sama yang mengambil arwah maid mereka. Pemandu itu turut bertanyakan mengenai Matin kerana katanya, sepanjang arwah maid Shuib berada di dalam ambulans sebelum itu, nama Matin yang kerap disebut-sebut.

Semua perasaan yang terdetik di hati Shuib itu seakan-akan petanda Siti Sarah akan pergi. Sesuatu yang Shuib takutkan akhirnya menjadi kenyataan dan Siti Sarah berjuang sehingga ke nafas terakhirnya. Kehilangan isteri yang setia dalam suka dan duka, susah dan senang yang paling berat untuk Shuib harungi pada ketika itu.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ceritamalamjumaat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

