Artis / Selebriti
” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
Video penampilan terbaru Shuk Sahar yang semakin kurus dalam rancangan Dol’s Podcast mengejutkan ramai. Fuh, nampak lain terus Shuk, makin handsome. Jauh berbeza dengan sebelum ini. Banyak betul berat badan Shuk dah berjaya turunkan. Ini rupa-rupanya rahsianya..
Meninjau di akaun Instagram milik dolspodcast, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan pelakon dan pelawak, Shuk Sahar hadir sebagai tetamu jemputan dalam podcast yang dikendalikan oleh pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah.
Namun, perkara yang paling menjadi perhatian warganet adalah perubahan fizikal Shuk yang kini dilihat semakin susut berat badan. Penampilan terbarunya itu turut disedari oleh Shuib dan Mamat yang tidak melepaskan peluang mengusik rakan mereka itu. Malah, Mamat sempat berseloroh dengan mengatakan leher Shuk kini sudah mula kelihatan kerana badannya semakin kurus.
Menerusi perkongsian tersebut, Shuk mendedahkan bahawa berat badannya kini 79 kilogram, berbanding sebelum ini yang pernah mencecah 110 kilogram. Perubahan yang cukup ketara itu membuatkan Shuib dan Mamat turut kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Shuk untuk mendapatkan tubuh yang lebih sihat.

Shuk turut berkongsi antara rutin yang diamalkannya bagi menurunkan berat badan. Menurutnya, dia kini lebih menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang ingin mengetahui rahsia di sebalik perubahan fizikalnya yang begitu ketara.

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. Rindu shuk. Welcome back to Dol Podcast.. “
” Ostrich ek.. Harey Shuib. Hahahaha.. Best ni kalau ada syuk.. Nampak kurus betul Syuk, bak kata mamat, dah ada leher.. “
” Syuk kurus nmpk mcm vince la pulak, hehe.. Ok lah tu, ubah gaya hidup yang lebih sihat.. Nampak ada berubahan tu.. “
” Wowww byk betul dia turun.. Kagum pula aku dengar.. Rindu time Hot FM dlu time Shuk jadi dj.. Meriah betul.. “
” Yezzqaaa Dol podcast is back.. Shuk ni bagus.. Artis paling humble.. Best dengar kalau dia cerita apa2 pun, hehe.. “
” Rindu suara ni.. adoii syukkkk.. Lama betul tak tengok Shuk bersiaran.. Bestnya tak sabar kita nak dengar cite Syuk.. “
” Serius lah Syuk, dah kurus kau yer.. Lain terus bila dah ada leher ni, hehee.. Tapi perangai tu masih kelakar.. “

Selain itu, ramai yang turut memuji penampilan baharu Shuk yang kelihatan lebih segar, sihat dan bertenaga. Ada juga yang menganggap perubahan tersebut menjadi inspirasi kepada mereka untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak kurang juga yang terhibur dengan gelagat Shuib dan Mamat yang sentiasa menceriakan suasana sepanjang podcast itu.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG dolspodcast
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

