Artis / Selebriti
” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
Video Hussain Jamilul Hayat menyakat Bos Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin untuk menyambung menyanyi lagu Janam Janam buat ramai terhibur. Nampak macam pemalu, kuat mengusik juga Hussain ni rupa-rupanya. Berdekah semua gelak, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Murai Malaysia, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan penyanyi, Hussain Jamilul Hayat membuat persembahan sempena majlis pelancaran Kempen Jom Jalan MYDIN. Kehadiran Hussain memeriahkan lagi majlis itu dengan alunan lagu yang menghiburkan para tetamu yang hadir.
Menerusi video tersebut, Hussain menyampaikan lagu popular Bollywood berjudul Janam Janam dengan penuh penghayatan. Persembahan itu bukan sahaja mendapat perhatian hadirin, malah turut menerima pujian daripada warganet yang kagum dengan kelunakan suaranya.
Apa yang paling mencuri perhatian ialah apabila Hussain secara spontan mengusik Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin dengan mengajaknya menyambung nyanyian lagu tersebut. Walaupun sekadar gurauan, tindakan itu berjaya mencetuskan suasana yang santai dan penuh gelak tawa.

Gelagat bersahaja antara Hussain dan Dato’ Wira Dr. Ameer Ali Mydin menghiburkan semua yang berada di majlis berkenaan. Rata-rata tetamu dilihat tersenyum dan ketawa melihat moment itu dan ini menambahkan lagi kemeriahan acara pelancaran Kempen Jom Jalan Mydin.

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. “
” Tak tunggu jd juara pun hang dh mnyala Sain.. MasyaAllah sedap betul dia nyanyi lagu hindustan.. Syahdu dengar.. “
” Lenggok lagu, sempoi la Hussain.. Hussain jika tak masuk big stage pon dah lg famous drpd yg lain.. Tu org panggil aura.. “
” Lagu ni actually susah taw kalau tk kawal pernafasan sgn baik sbb dia bersambung2 nafas tu susah wehh.. Terbaik Hussain.. “
” Kemain kau sin ye, ahahaa.. Tak sangka pula dia nak menyakat dato tu, hahaha.. Kelakar sangat lah kau sin.. “
” Pandai usin ngusik2 boss mydin ye, hahaha… Best suara usin, sedap sangat dengar.. Bakal juara nanti, insyallah.. “
” Belum habis big stage tapi Hussain dh famous dan kuat aura nya.. Sporting habis boss Mydin. Terbaik boss.. “

Selain itu, ada yang memuji sikap mesra Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin yang melayan usikan tersebut dengan tenang. Ada juga yang menyifatkan persembahan Hussain berjaya menceriakan suasana dan menjadikan majlis pelancaran itu lebih meriah serta meninggalkan kenangan manis buat para tetamu.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG muraimalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti3 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah macam shopping complex. Barang lagi banyak dari dekat butik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq

