Artis / Selebriti
” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
Video Jamilul Hayat menangis ketika mendengar ucapan anaknya, Hussain buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar kata-kata Hussain untuk Pak Hayat dan ibunya..
Nama Hussain Jamilul Hayat menjadi sebutan sejak anak muda ini menyertai Talk To My Manager musim ke 2. Hussain merupakan permata berharga buat Pak Hayat dan keluarga mereka. Perjuangan Hussain di TTMM2 tidak lain dan tidak bukan adalah demi keluarga.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Thinker Studios, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast Talk To My Manager yang menampilkan Hussain dan Pak Hayat sebagai tetamunya. Banyak yang dibicarakan dalam podcast ini terutamanya mengenai kehidupan Hussain.
Pak Hayat ada caranya tersendiri dalam mendidik anak-anak dan asbab didikan ini lah yang menjadikan anak-anaknya beradab dan berbudi bahasa. Pak Hayat seorang yang tegas, namun sangat menghormati anak-anak. Kehidupan mereka biasa sahaja dan hasil berniaga nasi lemak bersama isteri digunakan untuk membesarkan anak-anak.

Hussain dan Pak Hayat diminta oleh pengacara untuk memberikan sedikit ucapan untuk satu sama lain. Ucapan maaf yang Hussain ungkapkan untuk Pak Hayat dan ibunya menyentuh hati warganet. Lembut sungguh tutur kata Hussain dan keikhlasannya berjuang demi merubah nasib keluarga dapat dirasai oleh pendengar.
Jom tonton video di bawah (video penuh di hujung artikel) :
@unofficialthinkerstudios Bukan je tak menyakitkan telinga malah nyanyian Hussain ni sentiasa ON TOP! Saksikan Podcast penuh di Astro Ria Khamis jam 11 Malam dan di Youtube, Apple Podcast dan Spotify Thinker Studios pada Jumaat 8 Malam! Diserlahkan oleh Eskayvie Mindtropic & Mindtropic Junior, Vitamin minda pilihan ibu bapa untuk perkembangan minda anak setiap hari. Minda Cerdas, Potensi Onss! Setiap pembelian berpeluang untuk sertai Scan & Win dan dapat menang Proton e.MAS 7. Beli sekarang di eskayvie.com #SerlahkanPotensiAnakAnda #EskayvieMindtropic #TalkToMyManager
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Anak yg baik Hussain ni. sedih sangat part dia minta maaf tu memang nangis aku.. ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan Hussain dan pakhayat ahad ni.. insha Allah juara kalau ada rezeki.. “
” Lembutnya Hussain ni.. sedih tengok podcast ni, tengok pak hayat nangis lagi banjir kita.. tulusnya hati anak beranak ni.. sentiasa bersederhana dan merendah diri.. “
” Hussain punya minta maaf tu, ikhlas dia boleh rasa sampai sini.. Ya Allah semoga Hussain dan Pak Hayat juara TTMM2, they deserved it so much.. Insyaallah semoga Allah kabul kn harapan hussain n abah juara..sedih episod ni.. “
” Hujung2 dengan aku2 sekali banjir. Bleh bayang didikan ayah nya mcm mna . Mmg hebat.. semoga Allah limpahkan rezeki seluasnya utk keluarga ni. Aminn.. “
” Jangan bersedih Pak Hayat & Hussain, sesungguhnya pertolongan ALLAH akan datang bersama-sama berkat kesabaran kita. Kita doakan hussain semoga juara ahad ini. we really love ur voices.
All the best hussain.. “
” Hussain Stay On Top, Be Humble n Buckle Up. untuk siapa yg nk have a good cry. sumpah aku ada soft spot untuk Hussain ni, cakap pun lembut sopan je.. “
” Semoga Allah gantikan segala kesusahan dengan juara hussain.. Semoga segala pengorbanan & usaha pak hayat terbalas dgn kejayaan Hussain…JUARA milik hussain.. “

Besar harapan Pak Hayat untuk anaknya ini dan benarlah, kasihnya ayah rela berkorban apa sahaja demi kejayaan si anak. Semoga segala usaha Pak Hayat dan Hussain membuahkan hasil dan beroleh kejayaan pada pentas final TTMM2 nanti. Hussain Stay On Top, Be Humble and Buckle Up.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Thinker Studios, Youtube Channel Thinker Studios
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen

