Connect with us

Artis / Selebriti

” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman

Terima banyak mesej supaya tidak tarik report untuk mencari pemilik akaun Musang Berjanggut, Amira Othman akhirnya akhirnya tampil bersuara. Mana Cang mahu lari lepas ni. Baca penjelasan Amira..

Baru-baru ini viral mengenai perkongsian pemegang akaun Thread Musang Berjanggut yang didakwa memfitnah pelakon, Fattah Amin. Fattah dikatakan tidak membayar yuran persekolahan anak dan tidak move on dengan bekas isterinya, Fazura. Sebelum ini, sudah banyak fitnah yang ditulis mengaitkan Fattah dan juga isterinya, Amira Othman.

Fattah akhirnya tampil membidas kenyataan itu menerusi postingnya di Thread. Terbaru, Amira Othman pula menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menarik balik laporan yang telah dibuat terhadap individu yang didakwa memfitnah mereka menerusi akaun media sosial palsu.

Menerusi perkongsian di Thread, Amira memaklumkan telah menerima banyak mesej dan tag daripada orang ramai yang meminta agar laporan tersebut ditarik balik. Menurut Amira, mereka juga ingin mengetahui identiti pemilik akaun Musang Berjanggut sehingga berani menyebarkan pelbagai dakwaan tidak benar.

Tambah Amira, beliau dan suaminya telah berulang kali membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Malah, mereka turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bagi membincangkan isu tersebut.

Dalam masa sama, Amira mempersoalkan mekanisme yang ada ketika ini dalam menangani kes buli siber. Katanya, selagi tiada tindakan yang lebih tegas terhadap akaun palsu, masalah seperti ini akan terus berulang kerana pelaku tidak berasa takut dengan undang-undang.

Perkongsian Amira menerima pelbagai respon daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :

” Moga Allah selalu jaga mira dan kluarga. Kak sal n ust sentiasa doakan yg terbaik utk kalian berdua. Moga dpt yg terbaik dunia dan akhirat, diberi pahala atas kesabaran melalui fitnah tgn2 manusia yg zalim.. “

” Yesss bagus mira.. jgn sesekali tarik report.. kalau tidak,sebulan dua lg dia akan muncul dgn provokasi & naratif jahat yg baru.. sebaiknya fattah appoint lawyer utk cari siapa musang, hantar LOD terus.. “

” Haha silap2 dia yg suruh musang berbulu ayam tu delete acc. Kononnya nk bg kes sejuk…silapppp…lg org bongkar lg ada.. “

” Bila Amira dan Fattah untuk kali pertama ke thread,aku as fans sendiri surprised. Limit kesabaran both dah maksimum.. “

” Yeszaaa…ayuh netizen kite terus kn sokongan supaya pembuli ni di tangkap..sebb ayat2 hinaan die sgt melampau2.. skmm_mcmc tlg buat keje dgn telus,adil dan cekap sikit.. “

” Plz jangan tarik saman..saya akan tetap support fattah dan amira.. semoga terbongkar la siapa musang berjanggut tu.. “

” Musang sebenar tak pandai menaip. Manusia yang memilih untuk bersembunyi di sebalik akaun palsu itulah masalahnya.. “

Mengakhiri kenyataannya, Amira sekali lagi menegaskan bahawa beliau dan suaminya tidak akan menarik balik laporan yang telah dibuat. Sebaliknya, mereka berharap usaha pihak berkuasa bersama sokongan netizen dapat membantu mengesan individu di sebalik akaun palsu tersebut, di samping menyeru orang ramai untuk bersama-sama memerangi budaya buli siber.

Ikuti perkongsian Amira di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Thread Amira Othman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

EElhoe Retinol

Trending

Copyright © Berita Kopak