Connect with us

Artis / Selebriti

” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin

Difitnah tak bayar yuran sekolah Fatima dan muka merenyeh mengekor Fazura di sekolah Fatima semalam, Fattah Amin akhirnya bersuara. Rupa-rupanya dah bertubi-tubi individu ni fitnah Fattah. Semua yang berkaitan personal Fattah dan Fazura dia tahu. Alamak, siapa tu..

Sejak perpisahan antara Fattah Amin dan Fazura, ramai yang menjadi batu api dan cuba melaga-lagakan pasangan ini. Namun kedua-duanya mengambil langkah untuk tidak membalas segala tohmahan yang dilemparkan. Terbaru, Fattah dan Fazura menemani anak mereka, Nur Fatima di satu acara sekolah dan ianya juga menjadi isu.

Menerusi perkongsian di akaun Threads Fattah Amin, telah dikongsikan beberapa tangkap layar yang memperlihatkan seorang individu dengan akaun berdaftar di atas nama Musangberjanggut menfitnah Fattah dengan beberapa tuduhan.

Setelah sekian lama Fattah berdiam diri, Fattah akhirnya berbunyi dan menegur tindakan pemilik akaun tersebut. Fattah diperli dengan gelaran anugerah Father of The Year kerana menghadirkan diri bersama Fazura. Pemilik akaun ini juga turut mengatakan bahawa Fattah tidak membayar yuran persekolahan Fatima.

Fattah merasakan individu ini terlalu keterlaluan dengan segala fitnah yang dicanangkan itu. Fattah turut merasa pelik kerana banyak perkara sulit antaranya dan Fazura diketahui oleh individu ini. Bukan satu, malah banyak lagi fitnah yang dilemparkan terhadap Fattah.

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” Jahat gila mulut orang tu.. bedal je fattah. taj nak report je. nak tahu juga sape jadi musang tu.. “

” Finally Fattah reply. Awak nak saya tolong bagitahu ye. Saya ada juga benda yang boleh membantu dan ianya bukan fitnah tapi sebab awak baik sangat tak kasi pun saya pun senyap.. “

” Tampal segala bukti dekat posting Fattah. Biar orang tahu kerja keji dia tu.. macamana dia tahu yuran Fatima,, jeng jeng jeng.. “

” Semoga dipermudahkan semua urusan Fattah. Kesian sangat dekat Fattah semua benda jadi salah.. “

” Go Fattah, musangberjanggut ni memang mulut kurang ajar suka menimbulkan provokasi.. tak pikir dosa agaknya sesedap mulut je fitnah orang.. “

” Yes finally Fattah Amin bersuara pasal musang ni. sokong 1000 % untuk ambil tindakan undang undang je atas musang.. “

” Fattah is time for you to saman account owner ni macam KA buat..and name and shame terus. ni bukan masa nak cakap baik baik, doa baik baik dah.. “

Ramai yang tidak berpuas hati dengan segala apa yang musangberjanggut ini fitnah kepada Fattah. Mungkin sudah sampai masanya untuk Fattah mengambil tindakan undang-undang dan membersihkan namanya daripada segala fitnah yang tidak berasas ini.

Baca perkongsian di bawah :

Respon Fattah :

Posting musangberjanggutt selepas Fattah dan Fazura hadir ke sekolah Fatima semalam :

Silakan SHARE..

Sumber : Threads Fattah Amin, Threads Musangberjanggut

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Pocket Wifi

Trending

Copyright © Berita Kopak