Artis / Selebriti
” Yang tengok ni pun nangis. Dasar mak-mak ek.. ” – Komen Netizen
Video Nur Fazura menangis ketika anaknya, Nur Fatima Aisya bertindik di telinga buat ramai tersentuh. Sebak tengok moment ni, naluri mak-mak sangat kan..
Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila berkongsi satu detik istimewa bersama anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya. Menerusi satu video yang dimuatnaik di media sosial, Fazura membawa Fatima untuk bertindik telinga setelah anaknya itu sekian lama menyuarakan hasrat berbuat demikian. Menurut Fazura, pengalaman tersebut ternyata lebih menyentuh emosinya daripada yang disangka.
Dalam kapsyen yang ditulis, Fazura mengakui dirinya tidak dapat menahan air mata kerana merasakan anak tunggalnya itu semakin membesar. Lebih-lebih lagi apabila Fatima bakal menginjak usia enam tahun. Ini membuatkan Fazura sedar bahawa sebagai ibu, beliau perlu bersedia menerima setiap fasa perkembangan anak.
Apa yang paling menggembirakan Fazura ialah melihat reaksi Fatima yang begitu teruja sebaik sahaja memakai subang baru. Malah, Fatima turut membelek wajahnya berkali-kali dan meminta ibunya mengambil lebih banyak gambar untuk mengabadikan momen tersebut.

Di penghujung perkongsian, Fazura meluahkan rasa kasih sayangnya kepada Fatima serta memberitahu bahawa lagu yang digunakan dalam video itu merupakan pilihan anaknya sendiri pada pagi tersebut, sekali gus menjadikan video berkenaan lebih bermakna.
Rata-rata netizen turut tersentuh menonton video ini. Antara komen-komen yang dapat kongsikan adalah :
” Not stoopid Kakfaz, just beautifully raw and honest. These things memang emotional because you’re a great mother.. ” – Hanis Zalikha
” Yang tgk ni pon nangis. Dasar mak mak ek. Tak hairan la mama pon nangis. Sending hugs nyamma.. Love both of you.. “
” Apaaa lah aku ni. Video camni pn nk nangiss. Hmmm.. mungkin naluri mak²’kot.. Yeayyy dah boleh pakai earing.. “
” Fatimaaaaaa! Congrats!!! You’re such a brave girl. Yeayyyyyyy! Nyamma dah besarrrrrr.. Two beautiful souls, one unbreakable bond.. “
” Wow! You’re one strong girl, Fatima. Aunty is so proud of you. Biasalah tu Mummy yg menangis kan… mak² memang touchy part² gini.. “
” Aww so brave.. 1st pain that u wish for and u passed!! Anak tak reyau kita yg reyau. tacing laa makmak moment.. Yamma, u r big girl now. ala sy pun nangis jgak.. “
” Fatima ni muka dia klasik btl.. cantik sggh.. muka bersahaja.. tktau nk ckp apa.. mmg cantik,kcik² dh cantik.. MasyAllah ank.. semoga jadi ank yg soleha.. “

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada para pengikut yang turut tersentuh melihat hubungan erat antara ibu dan anak. Ramai mendoakan agar Fatima membesar menjadi anak yang solehah, sihat serta sentiasa membanggakan kedua-dua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

