Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen

Video Norman Hakim menghantar anaknya, Maria Danisha Hakim sambung belajar di sebuah universiti buat ramai tersentuh hati. Sampai berpeluh-peluh Papa settle kan barang Danisha. Part Norman nak balik tu, touching pula tengok.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Norman menghantar anak perempuannya, Maria Danisha Hakim memasuki universiti. Untuk info, Danisha akan memulakan pengajiannya di Management and Science University ( MSU ).

Minggu ini sangat padat jadual untuk Danisha dan minggu pra orientasi bakal dimulai. Norman meluangkan masa untuk menghantar Danisha memasuki asramanya. Kelihatan dalam video ini, banyak barang yang dibawa oleh Danisha untuk memenuhi keperluannya sepanjang berada di asrama.

Kata Norman, dia menasihati Danisha supaya membawa sedikit dahulu barang tetapi Danisha tetap ingin membawa semua barangnya. Melihat Norman menyiapkan bilik Danisha menyentuh hati warganet. Pengorbanan seorang ayah yang adakalanya tidak terlihat pada pandangan mata orang luar.

Norman turut memberitahu, Danisha ada membuat senarai permintaannya yang mencapai 180 benda. Hanya 179 benda yang Norman mampu tunaikan dan 1 lagi permintaan Danisha terpaksa ditangguhkan dahulu. Norman turut memohon doa daripada semua untuk puterinya ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Fokus belajar adik. Belajar rajin-rajin. Bersaing dengan diri sendiri dalam setiap semester. Gunakan peluang yang ada sebaiknya. Ilmu adalah sesuatu yang paling berharga dalam hidup. Dan momen di Universiti ialah salah satu kenangan termanis dalam kamus hidup. Enjoy your self. Best of luck. Semoga jadi pelajar yang cemerlang.. “

” Sebaknya tengok video ni. semoga dipermudahkan segala urusan Norman dan family. Anggap je papa dia nak bagi dan buat yang terbaik untuk anak anak nyaaaa selagi ada peluang.. “

” Kesian baby. Sepatutnya hari mcm ni ramai hantar, tolong2 kemas bilik.. Semoga terus berjaya cemerlang sehingga peringkat tertinggi.. si cantik yg sopan, akhlak baik.. aamin.. “

” Banyak nyaaa barang dia. good luck baby.. semoga itu ini yg bebaik fokus kat pelajaran semoga berjaya dunia akhirat.. part nak tinggal kan anak kat bilik tu yg touching sikit. mcm2 la pesan.. “

” Barang banyak tu betul betul tau Hahaha. Good luck baby! Semoga baby berjaya dunia akhirat.. Buat papa, semoga yang baik2 utk semua. Abg yg update org lain plk yg sebak. Ermmm.. “

” All the best for baby! Semoga dipermudahkan segala urusann dan berjaya dunia akhirattt..barang2 tu memang betholll..kak al lagi banyak rasanyaa hahaha sebab 3 kereta bawa barang saja dulu.. “

” Awak memang lelaki hebat sejak gagal dari 1st marriage awak belajar dari kesilapan , Became responsible big daddy.. Bersyukurlah ada ayah yg masih jaga kebajikan anak2, cukupkan keperluan hidup, pendidikan, semua selesa.. Sedih nye tgk video ni.. “

Bermula lah pengalaman hidup baru untuk Danisha sebagai pelajar universiti. Susuk seorang ayah yang akan selalu ada untuk anak perempuannya yang membuatkan hati warganet tersentuh. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Danisha, Norman dan seluruh keluarga. Semoga beroleh kejayaan Danisha dan cipta masa depan yang cerah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak