Artis / Selebriti
” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
Video Sharnaaz Ahmad memujuk Jebat Jayden untuk dapatkan nombor telefon guru sekolah Jebat buat warganet terhibur. Menekan-nekan betul lah Baba ni, siap nak upah Jebat Iphone. Tak fokus Jebat nak shopping, haha..
Sharnaaz Ahmad melayani anak tunggalnya, Jebat Jayden seperti kawan-kawan. Setiap kali video perbualan mereka dikongsikan, keterbukaan Sharnaaz apabila bersama Jebat seringkali menghiburkan warganet. Sharnaaz seorang ayah yang penyayang dan sporting.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Sharnaaz memujuk Jebat untuk mendapatkan nombor telefon salah seorang guru di sekolah Jebat. Jebat yang ketika itu sedang membeli belah melayani sahaja kerenah babanya itu.
Sharnaaz meminta untuk Jebat memberitahu guru tersebut bahawa dia comel. Sharnaaz juga menyuruh Jebat untuk memberikan nombor telefonnya kepada guru tersebut. Demi memastikan misinya itu berjaya, Sharnaaz mengumpan Jebat dengan hadiah Iphone sekiranya Jebat melakukannya.

Jebat tergelak dan senyum sahaja memandang ke arah kamera. Ketawa Sharnaaz dan Jebat itu membuatkan warganet terhibur. Memetik komen warganet, ketawa anak dan ayah ini sama sahaja gayanya. Seronok warganet melihat gelagat Jebat dan Sharnaaz itu.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Hahaha jangan menekan-nekan bang haha… by the way. lawa sgt ke? jgn bini org dh lh mamu.. nty up lh sikit muka cikgu tu mamu nk tgok juga klau ambik ank skola nty.. “
” Harey.. barang baek noh.. laju buat reja.. Boy, nintendo switch 2 – bg tahu you’re cute. PS5 dgn ps portal – minta nombor phone.. “
” Like father like son.. ketawa sama.. Dia pon sampai tergelak hahahha..nk habaq ke tak habaq.. dah la comel dia tergelak tu.. “
” Cute la boy… tlg la baba boy siannn baba… Kenapa lah handsome sgt dia ni.. eeee gerammm btul .. time boy, dia pun berlagak macam boy.. time Baby, lagak macam Baby.. “
” Babanya pun haha.. baba ni menekan nekan pulak.. baba ni… teacher tu boy punya la.. tu pasal dia xnak bagi no fon.. “
” Tak fokus boy nak beli apa haha.. siot ahh haha. sampai kita pun gelak sekali eh.. harey baba ni.. bukan main mengumpan anak.. “
” Hahahaahah abg confirm cikgu tu single ehhh.. Comey dgr boy gelak, kita pun ikut sama.. Happy baba&son alhamdulillah.. “

Bukan main lagi Baba cuba mengumpan Jebat dengan janji upah yang mewah. Gelak Jebat itu yang mencuit hati, memang sama betul dengan Baba. Moga dapatlah nombor telefon cikgu Jebat itu ye Mamu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan Sharnaaz dan Jebat semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya

