Artis / Selebriti
” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
Video Jebat Jayden menjawab kata-kata mummynya, Noor Nabila raih perhatian ramai. Amboi Jebat, ada sahaja ayat Jebat nak menjawab. Alasan Jebat boleh menjawab tu tak boleh blah. Boleh pulak dia sama kan, haha..
Telatah anak Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden seringkali mencuit hati warganet. Jebat yang suatu ketika dulu pelat kini sudah petah bercakap. Malah gaya percakapannya, saling tak tumpah seperti Sharnaaz. Jebat juga bijak dan panjang akalnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Noor Nabila, telah dikongsikan satu video terbaru Jebat yang memaparkan Jebat berbalas mulut dengan mummynya itu. Noor Nabila memberitahu Jebat yang Jebat suka menjawab dan ada sahaja jawapannya setiap kali ditegur.
Jebat tidak berdiam dan mengatakan kuiz dan belajar pun seperti itu. Jika di sekolah, apa yang guru tanyakan perlu dijawab begitu juga apabila berada di rumah. Noor Nabila menegaskan kepada Jebat yang seorang anak tidak boleh menjawab kata-kata ibunya.

Perdebatan ibu dan anak ini tidak terhenti di situ sahaja. Noor Nabila menerangkan kepada Jebat sekiranya dia menasihati Jebat, Jebat perlu mendengar dan tidak menjawab. Jebat yang tidak mahu kalah masih menjawab kata-kata mummynya itu dengan satu jawapan yang membuatkan Noor Nabila ketawa mendengarnya.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Nasihat pon kena jawab… Terima kasih haha. sumpah lawak jebat ni. quiz kee mommy sllu ckp tu. tersedak, kita. Quiz apabenda, lah Jayden ni hahaha.. “
” Sebijik macam baba dia haha.. Allahu memang Sharnaaz sangat.. clever boy.. Aku geram lah dengan jebat ni.. “
” Sebijk baba dia, pandai konar haha.. dia ni bila dok dgn mak dia , dia mcm baba dia. Bila dia stay dgn baba dia mcm mak dia.. “
” Haha memang anak Sharnaaz la, Sharnaaz sebijik.. cara cakap tu memang baba sangat.. ada je jawapan dia.. “
” Baba masuk dalam badan baby ke haha.. wakil kan baby utk menjawab kan hehe.. sebab baba takut mommy.. “
” Haha wei jawapan dia.. memang anak Sharnaaz tak yah DNA test.. you memang macam baba u kan. sebijik ni haha.. “
” Muka mummy, cara menjawab macam baba dia haha.. adoii makin mnjadi2 lpas issue anak ustaz ustazah. like father like son hahah.. “

Terhibur sungguh warganet mendengar kepetahan mulut Jebat berbalas mulut dengan mummynya. Jebat Jayden memang mengikut perangai babanya sangat. Apa-apa pun, Jebat seorang anak yang bijak dan semoga menjadi anak yang soleh.
Jom tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cenggitu je you ‘heyhhh’ kan MIL you Trice. Kelakar betul ini mertua and menantu.. ” – Komen Netizen

