Artis / Selebriti
” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
Video Jebat Jayden kantoikan ibunya, Noor Nabila buat video content mengenai dirinya undang tawa warganet. Macam tu je Jebat kantoikan mummy dia. Berdekah mummy gelak dengar Jebat membebel, haha..
Sebut sahaja nama Jebat Jayden, pasti ramai yang mengenali anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ini. Sejak kecil lagi, Jebat sering mencuri perhatian warganet dengan wajahnya yang comel, kepetahan bercakap serta telatahnya yang bersahaja.
Bagi yang mengikuti perkembangan Noor Nabila di Instagram, pasti mengetahui bahawa Nabila sering berkongsi video bersama Jebat. Kebanyakan video yang dimuatnaik memaparkan gelagat spontan Jebat yang sering menjadi mangsa usikan ibunya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Nabila, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan Nabila sedang merakam Jebat. Namun, apa yang mencuit hati adalah reaksi spontan Jebat yang seolah-olah sudah dapat mengagak tujuan ibunya merakam video tersebut. Dengan selamba, Jebat berkata dia sudah tahu video itu nanti akan dijadikan bahan content untuk dimuatnaik di media sosial.

Mendengar kata-kata Jebat itu, Nabila terus ketawa dengan gelagat anak kesayangannya. Jebat turut menjelaskan bahawa dia mengetahui perkara tersebut selepas menonton beberapa video yang pernah dimuatnaik oleh ibunya sebelum ini dengan menulis POV. Kepetahan Jebat menjawab membuatkan ramai kagum kerana pada usianya yang masih muda, dia sudah begitu bijak memahami situasi sekeliling.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel, bijak pandai jebat ni.. Soft spoken dan sangat respect parents dia.. Suka betul tengok video Jebat dari kecil sampai sekarang.. “
” Baby Jebat… Sebijik cara ckp pak ang, hahaha.. Muka mommy.. Bijak betui laaaa.. Hahaha kan dah kantoi mummy.. “
” Sebijik pakhang bila bercakap, good job baby.. Babah mesti cakap mommy hang selalu pov apa tak tau.. Sharnaaz junior, hahaha.. “
” Ayokk dia tau dah klu mami bukak kmera rakam dia tu nnti ada laa pov.. Kalau tknk video pov baby kena makan bekal mommy buat , haha.. “
” Dia punyaa cara cakap sebijik copy paste bapak dia.. Clever boy.. Pecah lobang mamy haha, kantoi, haha.. “
” Comelnya cara cakap mcm malas layan mommy buat content, tapi tetap layan mommy. Dahlah muka makin sebijik Mamu.. “
” Haha dia sedar dia jadi bahan content mak dia.. Comel jebat die stalk socmed mak dia la.. Makin handsome lah baby.. “
Perkongsian video tersebut sekali lagi mengundang tawa di kalangan warganet. Ramai terhibur melihat kepintaran Jebat yang semakin petah berkata-kata, malah menyifatkan si cilik ini mewarisi sikap ceria dan bersahaja seperti bapanya, Sharnaaz.

Silakan SHARE..
Sumber : IG noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

