Artis / Selebriti
” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
Video respon oleh Dato’ Fazley Yaakob mengenai teguran daripada PU Syed mengenai hubungan mesranya bersama Dato’ Seri Vida raih perhatian ramai. Ini respon tuan badan sendiri..
Kisah percintaan antara usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dan selebriti, Dato’ Fazley Yaakob bukan lagi rahsia di kalangan peminat. Malah, setiap kali pasangan ini muncul bersama menerusi video yang dikongsikan di media sosial, pasti ia menjadi perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik matchalattee.ea, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan respon Dato’ Fazley dan Dato’ Seri Vida mengenai teguran yang diterima daripada PU Syed berhubung hubungan mereka. Menerusi video tersebut, Dato’ Fazley menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak berkecil hati, sebaliknya menerima teguran itu dengan hati yang terbuka dan penuh rasa hormat.
Dalam masa yang sama, Dato’ Fazley turut berkongsi isi teguran yang diberikan oleh PU Syed kepada mereka. Menurutnya, soal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, khususnya melibatkan keluarga besar kedua-dua belah pihak. Baginya, setiap keputusan perlu dibuat dengan penuh pertimbangan demi kebaikan semua.

Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya memuji sikap matang dan keterbukaan Dato’ Fazley dalam menerima nasihat. Ramai berpendapat cara beliau memberikan penjelasan dengan tenang dan berhemah menunjukkan kematangan serta rasa hormat terhadap pandangan orang lain, meskipun perkara itu melibatkan kehidupan peribadinya.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Well done Dato Fazley sangat positive well-mannered, Ye betul tu dia seorang ustaz yang menjalankan tanggungjawab dia.. “
” Apart from that memang nak kahwin ni perlukan masa even anak dara teruna kahwin pun banyal arrangement nya, Janda duda lagi banyak arrangement sbb ianya melibatkan anak2.. “
” Bagus sgt Dato fazley yg sangat matang dgn jawapan yg cukup Indah Dan lembut penuh budi bahasa and very meaningful.. Very open minded person.. “
” Begitulah kematangan seseorang bila diberi teguran.. Berlapang dada.. Jawapan sgt bernas . Alhamdulillah.. “
” Dida ni sgt cool menunjukkan seorang yg penuh kesabaran…tahniah.. DSV.. Kami semua doakan yang baik-baik, semoga dipermudahkan urusan dida dan dsv untuk berkahwin.. “
” Cara org educated bercakap , terbaik dida.. Langsung tak melenting ok.. Sangat2 kagum dengar penjelasan dida.. Its ok.. Take time.. Moga semuanya berjalan dengan lancar.. “
” Love sgt DSV mcm ni… Tak over.. She really respect FAZLEY (dida).. Tak mencelah tak tentu pasal.. Berseri-seri pula tu muka DSV sekarang, makin cantik.. “

Selain itu, ramai turut menitipkan doa agar segala urusan Dato’ Fazley dan Dato’ Seri Vida dipermudahkan sekiranya mereka benar-benar ditakdirkan untuk mendirikan rumahtangga. Warganet berharap pasangan ini terus diberikan kebahagiaan, dipandu ke arah yang terbaik dan segala perancangan mereka berjalan dengan lancar pada masa akan datang.
Tonton video di bawah ini :
@matchalattee.ea Terima Kasih Uztaz 🫰 #fypage #4u #Didalavida #datoserivida #datofazley
Posting teguran PU Syed :
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok matchalattee.ea
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

