Artis / Selebriti
” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
Perkongsian terbaru Norman Hakim yang ditujukan kepada insan yang memfitnah dan mencacinya raih perhatian ramai. Menusuk ke hati bait-bait ayat yang Norman coretkan. Yang duk kecam tu boleh tengok ni..
Nama Norman Hakim dan Memey Suhaiza antara topik hangat yang menjadi buah mulut wargamaya. Kisah lama mereka tular kembali dan viral di media sosial. Namun baik Norman mahu pun Memey, kedua-duanya lebih selesa mengunci mulut dan terus positif mengharungi kehidupan mereka seharian.
Menerusi perkongsian terbaru Norman di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakaman CCTV di pejabat Normey. Turut kelihatan sama 2 orang kakitangan syarikat bersama Norman dan Memey sedang melihat sesuatu di laptop.
Selepas melihat paparan di skrin laptop, Memey dan kakitangannya itu menangis dan berpelukan. Norman pula turut kelihatan sebak dan membuat sujud syukur. Seketika selepas itu, Memey memeluk Norman dan kedua-dua saling menangis kerana mendapat rezeki yang tidak dijangka.

Di ruangan kapsyen pula, Norman mencoretkan satu doa yang panjang. Isi doanya berkait dengan perihal rezeki dan rasa syukurnya ke hadrat Allah atas rezeki yang diberi. Norman turut menulis mengenai anasir fitnah dan orang yang menzalimi mereka sekeluarga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Semakin org mengeji… semakin Allah luaskan rezeki.fly high..teruskan berjuang cari rezeki selebih nya biar Allah atur.. tahniah team normey.. “
” Semoga taubat kalian untuk dosa terdahulu Allah terima dan berikan satu kehidupan yang lebih baik. Diam lebih baik, zaman fitnah ni bahaya, saya sebagai yang melihat taknak komen apa apa tapi doakan terbaik utk semua pihak.. “
” Orang ungkit kisah dia, owg hina dia, owg caci bini dia, tapi dia diam, dia tau tujuan dia. kalau dia dah bertaubat, sapa maknusia nak ulang segala yg lepas.. “
” Aminnnn insyaAllah Norman,,biarlah Allah sahaja yg tahu segala niat kita. Kuatkan semangat sekeluarga. Allah itu tidak tidur…anak2 bila dh besar mereka dh boleh mencari tempat ketenangan sendiri. Di mana ada tenang disitulah mereka akan pergi.. “
” Rezeki tak kan salah alamat. Tuhan tahu segalanyaaa.. Moga kalian terus fly high and terus saja berbuat baik …. apa yg berlaku dulu mmg dah pun berlaku. Doa saja yg baik2.. “
” Meniaga dgn cara yg betul.. InsyaAllah berkat… Orang kecam menghina mereka dan dengan kuasa Allah , Allah kurniakan lagi rezeki yang melimpah ruah untuk mereka…macam ni lah orang yang matang dan faham agama tanpa membalas sedikit pun.. “
” Setiap apa yang terjadi sudah Allah tetapkan.. Semoga segala tohmahan dan ujian kehidupan ini membebaskan Norman sekeluarga dari segala dosa2 dunia dan akhirat.. Aamiinn.. “
Setiap apa yang terjadi pastinya ada hikmah di sebaliknya dan Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk hambaNya. Semoga Norman dan Memey sentiasa dalam golongan insan yang tinggi sabarnya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam perniagaan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob

