Artis / Selebriti
” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Norman Hakim menghantar barang dan menemani anak perempuannya, Maria Danisha Hakim ketika sesi pendaftaran universiti. Alahai Danisha, banyak pula barang tertinggal. Nasib ada papa, berdesup papa datang hantarkan. Part teddy bear tu comel, hehe..
Pada perkongsian terdahulu, Norman Hakim ada berkongsikan videonya menghantar anak perempuannya, Maria Danisha Hakim memasuki asrama. Untuk info, Danisha menyambung pengajiannya di Management and Science University (MSU) setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu.
Walaupun sudah banyak barang yang dibawa oleh Danisha pada hari tersebut, namun masih ada lagi barangnya yang tertinggal. Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Norman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Norman kembali ke kampus bertemu Danisha.
Sebelum itu, Danisha menghantar pesanan di applikasi WhatsApp dan memberitahu dirinya tidak lena tidur kerana tertinggal anak patung beruang di rumah. Danisha juga menyenaraikan beberapa lagi barang yang dimahukan. Norman tidak berlengah dan menghantar barang-barang permintaan Danisha.

Melihat cara Norman melayani dan kemesraannya bersama Danisha meraih pujian daripada warganet. Tidak semua orang boleh seakrab dan semanja ini bersama ayah, lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa. Ini membuktikan Norman seorang ayah yang baik dan penyayang terhadap anak-anaknya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Salute abg norman, dia perbaiki kesilapan dia masa lalu..dia dulu takda masa ngan anak3 skrg Allah bagi dia senang untuk menyenangkan keluarganya.. “
” Alhamdulillah… ayah yg supportive… ada la sebab anak2 tu lebih selesa side sini… kdg bukan sbb duit.. tp lebih tenang. He s a good dad. Yg lepas tu lepas. Everyone should stop judging.. “
” Nmpk bonding ank dgn bapak kt situ ikhlas.. Bapak mana tak sayang anak anak.. tak pilih kasih.. suka baca karangan yg ditulis. tenang dan ayat yg tersusun.. “
” Tergolekkk tedy bear love kat perut tuuu haha.. Apa pn aturan Allah..sekurangnya parent masih ada menemani syukur dgn nikmat yg Allah hadirkan..yg berlalu mmng perih dn sakit …Moga bhgia kedua2 belah pihak… anak2 masih diberi keberuntungan.. “
” Norman ayah yg hebat..xsemua ank beruntung ada ayah yg sporting,penyayang dan mesra dgn ank² walau ank dh besar..nmpk sgt norman seorang ayah yg tenang dan tak baran.. “
” Bestnya nampak bapak dan anak rapat mcm ni. Bestnya Ada ayah. Good jobs ayah Yang baik.. semua orang ada buat kesilapan dan sekarang masa untuk tebus semula segalanya.. ” a
” Alhamdulillah..at least papanya dh cuba sehabis baik untuk sediakan semuanya & masa yg tak sempat ada bersama masa kecik2 dlu..Allah bg berjaya ada sbbnya..untuk happykan ank2 yg dlu tak sempat merasa kasih syg dri seorang ayh.. merasa hidup senang..semua kena berlapang dada.. ”
Tumpang seronok warganet melihat keakraban Norman dan Danisha itu. Semua orang ada melakukan kesilapan dan Norman sedang berusaha untuk menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anaknya. Semoga Maria Danisha cemerlang dalam pelajaran dan segala yang baik-baik untuk mereka sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen

