Artis / Selebriti
” Ara, kenapa comel sangat ni. Siap tanya kenal tak saya, alahai Ara tempoyot.. ” – Komen Netizen
Video anak perempuan Bella Astillah, Ara Adreanna menyanyi secara live lagu Pematah Hati di Festival Sabah Foodstreet buat ramai terhibur. Amboi Ara Tempoyot, confident level memang tinggi. Part joget tu bukan main ligat lagi ye, comel..
Anak perempuan Bella Astillah, Ara Adreanna seringkali menjadi perhatian warganet kerana telatahnya yang mencuit hati. Ara seorang anak yang petah dan bijak bercakap. Selain itu juga, Ara kelihatan lebih cenderung menjadi penyanyi dan sering menyanyi ketika live di Tiktok bersama Bella mahu pun ibu saudaranya, Didi Astillah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok j_linahyola08, Bassforever1 dan baseemaelhaura, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Ara ketika mengikuti Bella membuat pertunjukan di padang Tenom Sabah. Ini bersempena Festival Sabah Foodstreet.
Ara tampil sebagai penampilan khas dan menghiburkan pengunjung yang hadir ke Tenom pada malam itu dengan satu nyanyian yang menghiburkan. Sebelum menyanyi, Ara memberikan ucapan salam dan bertanyakan kepada semua, adakah mereka mengenali dirinya.

Selepas itu, Ara memulakan nyanyiannya dan aksinya itu membuatkan warganet merasa kagum. Ara memiliki keyakinan yang tinggi dan berani menyanyi di hadapan orang ramai. Ramai yang memuji kecomelan Ara menyanyi dan yakin Ara bakal mengikuti jejak langkah mummynya.
Jom tonton video di bawah :
@j_linahyola08 Penampilan khas dari ARA TEMPOYOT🥰🥰🥰… yang tersangat sangat comel🥰 terima kasih hiburkan kami warga Tenom🥹🥰🥰 #semoga kita berjumpa lagi Ara tempoyot🫰🫶#onsoiiii👍👍👍 @Bella Astillah
@bassforever1 Ara tempoyot – pematah hati #bellaastillah #syedsaddiq #araadreanna #fyp
@baseemaelhaura td tita love update ara duk hafal lirik.. nyanyi lagu cumi cumi ye mlm ni gaiss😘 🎥live festivalsabahfoodstreet #bellaastillah #syedsaddiq #ara #fyppp #fyp
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Yang penting konfiden level dia tu. good job ara.. sorang ikut daddy bersukan, sorang ikut mummy menyanyi. lengkap sudah family bass, semoga bahagia.. “
” Ara kenapa comel sangat ni. baru bagi salam comel sudah memang.. Bakal mcm Anggrek ara ni. Confident level no syatu.. “
” Alolo cute Ara Tempoyot.. Ee geramnya aku dengan Ara ni. dia caras mummy dia guys haha.. comel sangat ni.. “
” Tahun depan boleh masuk TTMM lah Ara. yang penting dia yakin dgn dirinya.dan berani berhadapan dgn ramai org.. nie mesti daddy Saddiq tgk ank ksyangan dia nyanyi ni.. “
” Wow semangat Ara, hebat ara tempoyot. Berani betul dia depan orang ramai-ramai camtu. Mantap ara sayang.. daddy tgk pun geram..bijak sgt ara tempoyot.. “
” TTMM season 3 lets go Ara n Bella. eee comel siap tnya kenal ke saya, mesty la kenal princess daddy Yb Syed saddiq kan.. “
” Ara sedang mengatur langkah ikut mummynya. alahai Ara tempoyot.. comel sangat menyanyi tu. pandai berinteraksi, berani , confident tu kalah kita yang besar ni.. “
Seronok warganet melihat telatah Ara yang penuh dengan keyakinan beraksi di pentas itu. Tentu apabila Ara dewasa kelak bakal menjadi penyanyi dan penghibur seperti mummynya. Apa-apa pun, tahniah Ara atas keberanian yang ditunjukkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok j_linahyola08, TT bassforever1, TT baseemaelhaura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Untuk saya, juara kali ni, saya sangat sangat puas hati. Ye lah Hussain.. ” – Akim Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak boleh lagi, baby is still so small untuk.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen

