Connect with us

Artis / Selebriti

” I don’t have a dream wedding, but I have a dream wife.. ” – YB Syed Saddiq

Ini sebab Bella Astillah dan YB Syed Saddiq pilih tarikh pernikahan pada 10.10 di Menara Merdeka 118. Wah, itu rupa-rupanya sebabnya. Part YB masa cakap dream wife tu blushing Bella dibuatnya, sweet sangat..

Sebagaimana yang diumumkan di program MeleToP semalam, pasangan sensasi Bella Astillah dan YB Syed Saddiq bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 10 Oktober 2026. Ianya mengakhiri teka teki di kalangan media dan warganet bila pasangan ini akan disatukan.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Bella dan YB Saddiq bersama wartawan sejurus selepas bersiaran di MeleToP. Bella diajukan soalan mengenai persiapan perkahwinan dan mengapa tarikh 10.10 menjadi pilihan.

Sebelum soalan ini dijawab, Bella meminta untuk menerangkan kenapa tarikh ini diumumkan di MeleToP kerana risau ada yang mempersoalkannya. Memandangkan Astro adalah penyiar rasmi majlis BASS nanti, ini adalah salah satu dari plan kerjasama BASS bersama pihak Astro.

Mengenai tarikh pula, ianya adalah pilihan Bella dan YB Saddiq menurut sahaja. Menerusi temubual yang sama juga, YB Saddiq menegaskan dia tidak ada majlis perkahwinan impian tetapi dia ada isteri impiannya iaitu Bella. Tersipu-sipu malu Bella mendengar ayat bakal suaminya ini.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” “I don’t have a dream wedding but I have a dream wife”. Alahai sweet terlajak ni YB. Practise betul2 yb cr cr nk kiss dahi bella nanti!! Jgn skema sgt hehe.. “

” Allah gantikan kebahagiaan selepas kesakitan dulu. hensem cerdik matang bijak berbicara humble.. “

” Sweet betul ayat Yb.. tahniah bella & yb..Kali ni mmg bahagia milik bella.. we are not dreaming anymore.. Bahagia hingga ke syurga aamin.. “

” Yeeesssss “yang penting kawin” kan YB.. I have a dream wife.. camane ek bella boleh tak blushing. maybe sbb dah byk kali kot blushing. susohh woo nk dapat laki yg cinte gile kat pasangan ni.. “

” Betul YB, yang penting kahwin.. Mula lah aku ni menggeletis..tunang & bakal isteris saya.. everytime bella bercakap, yb asyik melihat memandang bella. dh terlihat begitu obses cinta nya yb ke bella.. “

” Wah terlalu jujur someone who thinks ahead. I don’t have a dream wedding but I have a dream wife. yang penting kawen, betul YB.. “

” Seriously, dream wife.. terimakasih bella dan YB umumkan dan bgtahu pd kami peminat.. Tepat dan padat yg penting kawin.. “

Tumpang bahagia warganet mendengar kata-kata YB Saddiq itu. InshaAllah YB Saddiq akan disatukan dengan isteri impiannya tidak lama lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan Bella dan YB Saddiq menuju hari bahagia mereka dan dilancarkan segala urusan.

Tonton video di bawah :

@astrogempak

GempakNews: Tahniah BASS tak sabar nya nak tunggu! 🥰🥰

♬ original sound – Gempak – Gempak

@astrogempak

GempakNews: YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui berasa lega selepas akhirnya mengumumkan tarikh pernikahannya bersama Bella Astillah menerusi program MeleTOP, malam tadi.

♬ original sound – Gempak – Gempak

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Astrogempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Castor Oil

Trending

Copyright © Berita Kopak