Artis / Selebriti
” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Shuib Sepahtu, Ariq Matin hadir ke uji bakat Tom Tom Bak raih perhatian ramai. Wah gempak lah persembahan Matin, suara pun sedap. Part tangan tu yang tak menahan, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pelawak, Shuib Sepahtu, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak ketiganya, Ariq Matin turut hadir ke sesi uji bakat bagi rancangan Tom Tom Bak. Menerusi video tersebut, Matin kelihatan ditemani oleh kakaknya, Thalita.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah keberanian Matin ketika melangkah naik ke atas pentas untuk memperkenalkan dirinya. Walaupun masih kecil, Matin dilihat begitu yakin dan langsung tidak menunjukkan perasaan gugup ketika berhadapan dengan para juri serta orang ramai.
Ketika sesi uji bakat tersebut, Matin memilih sebuah lagu berbahasa Inggeris berjudul ‘I Want You Back’, nyanyian asal kumpulan popular, The Jackson 5. Matin bukan sahaja berani memilih lagu berbahasa Inggeris, malah turut membawakan lagu berkenaan dengan penuh keyakinan.

Persembahan Matin itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang kagum melihat bakat serta keberaniannya. Ramai yang mendoakan agar Matin diberikan rezeki untuk terpilih menyertai rancangan tersebut selain berharap bakatnya dapat terus diasah dan dikembangkan pada masa akan datang.

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen yang menarik adalah :
” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. Mantap Matin.. Good luck, moga ada rezeki Matin.. “
” Org kata Maten kabel kuat, tapi sebenarnya nye kalo bapak dia tak msuk smpi dlm pn.. Dia mmg brbakat.. “
” Mak ayah dia suara sedap.. Bakat dia mmg menurun eakk.. Best of luck Matin.. Rugi lah kalau Astro tak ambil dia.. “
” Cable blakang kira kalau dia ada bakat yg sememangnya boleh diketengahkan ini lah saluran yg betul .. keep it up MARTIN.. “
” MasyaAllah.. Mewarisi bakat Arwah Ibunya.. Talented.. Matin berbakat best of luck.. Acik suka tengok Matin.. “
” Kita harus support anak2 berbakat, mama bapanya artis yg dihormati, pasti anak2 nya juga berhasil mmaharumkn nama Malaysia.. “
” Sedap la matin nyanyi.. Dia memang ada bakat, semua boleh, melawak, menyanyi.. MasyaAllah, anak yang bijak.. “

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menyifatkan bakat seni yang dimiliki Matin diwarisi daripada arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin. Melihat keberanian dan minat Matin dalam bidang nyanyian, ramai berharap agar langkah kecil ini menjadi permulaan yang baik buat dirinya untuk terus mengembangkan bakatnya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang > untuk menonton video seterusnya)
Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

