Artis / Selebriti
” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Hussain membuat catwalk di pentas Big Stage Rocketfuel buat ramai terhibur. Awal-awal tu bukan main macho lagi Hussain catwalk. Last-last tu memang tak sangka Hussain akan buat gaya macam tu. Serius kelakar dan comel, haha..
Rancangan realiti TV, Big Stage Rocketfuel antara program yang popular di Malaysia masa kini. Salah seorang peserta yang menjadi tarikan utama adalah Hussain Jamilul Hayat. Hussain baru sahaja berjinak dalam dunia seni dan satu demi satu undangan diterima oleh Hussain termasuk menjadi model catwalk.
Baru-baru ini, Hussain menjadi model memperagakan koleksi pakaian rekaan Emri di Kuala Lumpur Fashion Week 2026. Gara-gara aksi catwalk itu, Nabil Ahmad iaitu host Big Stage mengusik Hussain ketika berlangsungnya semi final rancangan ini semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Borak Seeni, telah dikongsikan aksi Nabil menyakat Hussain. Nabil meminta agar Hussain menunjukkan kembali cara dirinya catwalk untuk tontonan semua penonton Big Stage. Hussain cukup sporting dan memenuhi permintaan tersebut.

Wajah face card yang ditunjukkan oleh Hussain dan gayanya berjalan sememangnya melayakkan Hussain untuk menjadi model. Namun lain pula yang Hussain lakukan pada penghujung video tersebut. Telatah Hussain membuatkan satu MBSA ketawa dan terhibur.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Face Card dah betol tu.. tp part last yg angkat kaki sambil peace tu, mcm kanak2 riang plak.. haduyai anak online sorg ni.. comey bebenor.. “
” Nasib tak buat gwiyomi kat situ ehh lawak je hussain ni kan.. face card tul la Jamak Hussain.. tp ucin imut x tinggal.. Peace tu comel sgt.. “
” Kelakar la hussain ni, catwalk macho gayanya , tetiba jadi comel pulak .. klakar juga hussain ni, Hussain dh masuk air nampaknya ni.. “
” Suka sgt kalau smpai tang hussain punya turn je mesti ada lawak2 dgn si nabil nie..kelakar la..ade je bnde nk ngacau org tu.. “
” Lawak betol la Hussain model macho plus imutt ni.. tgk byk kali pun tetap gelak berdekah.. Hahaha..btl2 keluar zone pemalu la.. “
” Hussain dah blushing dah tu. Tersipu2 malu Nabil suruh catwalk. Siap request Nabil temankan catwalk. Tu yg keluar angkat kaki kiri kanan lepas catwalk. Ha ha.. Hussain..hussain.. “
” Nape imut sgt ucin.. gaya mutu keunggulan dah masa berjalan. mmg dh ad vibes model dah… skli yg peace ttuuu,, hadoiii laaa anak wooo.. “

Hussain semakin kelakar dan mula menunjukkan perangai masuk air sebenarnya. Patut lah Hussain meminta Azeva memanggilnya Ucin Imut, memang comel sangat ekpresi mukanya itu. Apa-apa pun, semoga bintang Hussain terus bersinar dan dimurahkan rezeki selalu.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Borakseeni, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden

