Connect with us

Artis / Selebriti

” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu

Video Shuib Sepahtu dedah moment dia menghubungi salah seorang sahabat baiknya yang sudah 4 tahun tidak bertegur sapa buat ramai tersentuh. Lama betul Shuib ambil masa nak berbaik yer.. 

Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu berkongsi detik yang cukup menyentuh hati apabila mendedahkan bagaimana dirinya mengambil keputusan untuk menghubungi salah seorang rakan seperjuangannya selepas hampir empat tahun tidak berbuat demikian.

Perkara itu dikongsikan ketika muncul dalam podcast Too Pretty To Handle dan ianya mengundang rasa sebak di kalangan peminat yang mengikuti persahabatan mereka sejak sekian lama. Menurut Shuib, panggilan tersebut berlaku secara spontan ketika dia sedang memandu apabila nama rakannya itu tiba-tiba terlintas di fikirannya.

Ketika itu, dia sempat bertanya kepada Mamat sama ada panggilannya akan dijawab jika dia membuat panggilan video secara mengejut. Rupa-rupanya rakan yang dimaksudkan oleh Shuib tersebut adalah Rahim. Shuib berkata, pada mulanya dia bercadang untuk menghubungi Rahim selepas selesai bekerja. Namun, Mamat terus menggalakkannya supaya tidak bertangguh dan menghubungi Rahim pada ketika itu juga.

Akhirnya, Shuib memberanikan diri membuat panggilan video dan ternyata sangkaannya meleset apabila Rahim terus menjawab panggilan tersebut. Momen itu membuka kembali ruang komunikasi antara dua sahabat yang pernah mencipta pelbagai kenangan bersama.

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antar komen-komen menarik adalah :

” Mungkin Nanti Soeb Dengan Jep Pulak. Tipulah Kalau Kata tak Rindu Dengan kawan2 Sepentas,sama sama Pernah bersama.. “

” Masa arwah sarah nk di kebumikan rahim lah yang pakai baju untuk dipakai masa nak di masukkan dalam liang lahad.. “

” Semoga kembali berbaik. Allah maha baik. Kita pon boleh jd baik. Semoga baik2 saja sepahtu. Rindu nak tengok Shuib, Rahim dan Jep.. “

” Doa lepas ni bebaik dengan Jap pulak.. Rindu sepahtu yg dulu.. Dorang ni rasanya dlu sma2 susah tau.. “

” Awal2 aku ingatkan Jep, rupanya Rahim.. Yer memang nampak Shuib lagi rapat dengan Rahim, dan nmapk Rahim pun sayang sangat dekat Shuib.. “

” Sahabat, gitulah walaupun lama tak bertegur, rasa rindu tu tetap ada, cuma tak terluah je.. Faham sangat.. “

” Insyaallah, mana tahu nanti dengan Jep pula, kita doakan yang baik2.. Rindu sangat nak tengok Sepahtu macam dlu2.. “

Mengulas mengenai hubungan mereka, Shuib mengakui dia sememangnya merindui Rahim dan tidak pernah menutup pintu untuk kembali bergandingan sekiranya diberikan peluang pada masa hadapan. Baginya, segala-galanya bergantung kepada rezeki dan perancangan Allah SWT. Shuib turut meluahkan harapan agar jika sudah tiba masanya, mereka dapat kembali berkongsi pentas serta menghiburkan peminat seperti suatu ketika dahulu.

Tonton video di bawah ini :

@tooprettytohandle_

Shuib & Watie : 4 TAHUN…SAYA TAK BERCAKAP DENGAN RAHIM…..#estikamedispa #telekungtea #tooprettytohandlepodcast #shuibsepahtu #watiehanafiah

♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok tooprettytohandle

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Foxer

Trending

Copyright © Berita Kopak