Artis / Selebriti
” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
Video penampilan terbaru anak-anak Scha Alyahya, Lara Alana dan Lyla Amina raih perhatian ramai. Wah dah besar dah Lara, copy paste Scha sangat. Suara pun dah berubah, sebijik macam Scha. Kalau tak tengok, mesti ingat Scha yang tengah cakap..
Scha Alyahya antara selebriti yang bersih daripada sebarang kontroversi. Kehidupannya bahagia bersama Awal Ashaari dan 2 orang anak perempuan mereka, Lara Alana dan Lyla Amina. Lara baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 12 tahun baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Scha Alyahya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Scha bersama Lara dan Amina di rumah. Mereka bertiga menyiapkan satu menu simple yang menggunakan roti sebagai bahan utama.
Selain menu yang menarik, warganet lebih tertarik kepada penampilan Lara dan suaranya yang sama seperti Scha. Memetik komen warganet, ramai yang mengatakan tentang persamaan suara Lara dan Scha. Manakan tidak, sudah lama warganet tidak mendengar suara Lara sejak Lara sudah besar.

Lara sudah semakin matang suaranya dan seakan-akan Scha ketika muda. Ramai di kalangan warganet yang yang teruja mendengar suara Lara itu. Warganet juga mengatakan, wajah Lara sama seperti Scha. Tidak kurang juga yang melihat Lara seperti wajah Awal.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Scha are now available in small, medium, large.. Aaaa suara pun sama macam mama dia.. Suara mcm mama dia masa muda.. “
” It’s Scha..Scha and Scha.. Suara Scha dua2 haha.. kalau aku tutup mata, aku tktau bila dia tukar tukar orang. suara copy paste mak dia betul.. “
” Muka awal, suara scha. Adil dan saksama..tak sangka lara alana dh besar..suara pn dah matang sgt.. “
” Tak sangka lara alana dh besar..suara pn dah matang sgt. Nohhh ada tiga scha, suara pun samaaaa.. “
” Ni memang betul2 anak awal dan scha. Haha. Muka ayah suara maknya.. tutup mata scha, buka mata scha!!! hey apenii.. “
” Nie baru copy n paste.. sampai suara pun sama.. copy paste semua mama dia… structure badan pun ikut mama dia..kaki lengan semua spek model.. “
” Lahh bukan muka je copy, rupanya suara pun sama. love sangt suara scha. Ni kalau x tgk video igt scha sorang je yg bercakap.. “

Baik Lara mahu pun Lila, kedua-duanya mewarisi suara Scha. Lara yang sudah memasuki usia remaja juga saling tak tumpah seperti suara Scha ketika muda. Apa-apa pun, content yang menarik daripada Scha, Lara dan Lila. Boleh lah para ibu mencuba resepi Scha dan anak-anak ini di rumah nanti.
Tonton video di bawah :
@scha.alyahya Another day another simple menu tapi kalini by the girls 🤭
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Scha Alyahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin

