Connect with us

Artis / Selebriti

” Scha pecah lubang, buat hal la Awal ni, haha.. ” – Netizen

Awal Ashaari Kongsi Video Perjalanannya Ke Venice Melalui Milan Yang Cukup Panjang Raih Perhatian Warganet. Eh Macam Pelik Je Awal-Awal Fly Berdua Dengan Scha, Tapi Lepas Tu Solo. Part Berjumpa Kembali Tu Sampai Melompat Gembira Scha. Ada Kisah Rupanya, Lawak Lah Awal Ni !!

Awal Ashaari dan Scha Alyahya antara pasangan selebriti yang diminati ramai kerana keserasian dan kelihatan romantis apabila bersama. Walaupun pasangan ini telah pun bergelar daddy dan mummy kepada 2 orang cahayamata, namun tidak berubah seperti zaman bercinta dulu-dulu.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Awal Ashaari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Awal bersama Scha memulakan perjalanan mereka ke Venice. Memilih pesawat Emirates Airlines, kedua-duanya kelihatan gembira.

Namun keadaan mula kelihatan pel1k selepas Awal dan Scha transit di Dubai. Awal men1nggalkan Scha keseorangan dan meneruskan perjalanan ke Milan. Rentetan perjalanan Awal secara solo ditunjukkan dalam video ini. Dari terbang di udara, membawa ke jalan darat dan seterusnya laluan air, perjalanan yang begitu mencabar untuk Awal.

Kata Awal di ruangan kapsyennya, lautan api sanggup ku renangi tajuk ceritanya kali ini. Awal sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya, namun ini perjalanan yang paling jauh ditempuh. Demi isteri tersayang ye Awal, setakat 24 jam perjalanan tak de masalah.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Sehingga kini, perkongsian oleh Awal ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Simple je cerita dia, baru lah faham haha.. Confuse kalau scha tak bagitau hehe.. scha pec4h lubang hahaha.. buat hal la Awal ni.. ”

” Hahahaha alhamdulillah dah selamat sampai kembali ke pangkuan masing2.. kalau saya tu tadi dah menitis la sikit air mata kat dubai tu.. tiba2 terpisah kan.. mesti love become even stronger lepas kes ni la.. ”

” Kemain jauh perjalanan awal.. scha dh siap mandi dgn berehat dah.. hehehehe.. Lain kali tiket2 ni suh org perempuan je yg belikan, diorang selalu betul hahaha.. ”

” Tgh fikir mula2 fly berdua, lepas tu pisah, lepas tu buka pintu, dady.. Nape x gerak sekali? mgkin try ikut haluan lain2 tgk sape sampai dulu kot.. ”

” I ni rabun,tgok part last tu eh btul ke scha? tgok skali lg btul la..tapi camne blh scha dah sampai dulu.. ”

” Hahaha kita yg tgk, kita yg penat. But wte it is safe & sound.. Cute dua dua ni gigih baca semua komen. Salah beli tiket rupenya.. ”

” Aku yang pen4t tengok video dia haha.. Jauh jugak perjalanannya ya.. selalu tengok tiba-tiba dah sampai hehe.. the end result tu cute sangat.. ”

Salah satu komen yang mendapat respon daripada Scha dan menjawab teka-teki peminat :

Lawak lah Awal ni, ingatkan kenapa lah tiba-tiba berp1sah dengan Scha padahal destinasinya sama, rupanya Awal tersalah beli tiket. Memang berbaloi lah 24 jam perjalanan Awal kali ini. Udara, air darat semua Awal tapau. Bak kata Awal, lautan api sanggup ku renangi, hehe.

Apa-apa pun, ini pasti menjadi kenangan manis buat Awal dan Scha yang akan diingati dalam hidup mereka. Lain kali, mungkin lebih bagus jika Scha seorang sahaja yang ditugaskan untuk membuat pembelian tiket. Lebih selamat dan terjamin serta jimat masa, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Awal Ashaari, IG Scha Alyahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT