Artis / Selebriti
” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
Gara-gara mengatakan tidak kenal Erra Fazira, Ezwan terima soalan panas daripada Awal Ashaari. Haa sudah Mr E, soalan menjerat Awal memang win lah. Terkedu Mr E dibuatnya, haha..
Podcast Kasi Onz yang dipengacarakan oleh Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain semakin mendapat tempat di hati warganet. Ramai selebriti dan ahli agama yang dijemput ke podcast mereka ini dan membincangkan isu semasa yang berkaitan dengan kehidupan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Awal Ashaari menjadi tetamu jemputan. Siapa yang tidak kenal Awal, seorang pengacara yang hebat apabila berbicara dan soalannya ada kalanya di luar jangkaan.
Awal mempersoalkan mengapa Ezwan tidak pernah menyebut sukakan Erra ketika mereka duduk lepak bersama. Ezwan pada awalnya mengatakan dia tidak kenal Erra. Pantas Awal memotong ayat Ezwan itu dan mengatakan tiada ada orang dalam Malaysia yang tidak kenal Erra Fazira.

Erra sudah tergelak mendengar perbualan Ezwan dan Awal itu. Ezwan menyatakan dia tidak langsung terlintas akan menjadi suami primadona Malaya ini. Awal pula memberikan satu soalan panas yang membuatkan Ezwan cuak dan Erra ketawa sahaja melihat gelagat suaminya itu.

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Awal yang bagi soalan balik, eh ini sudah terbalik haha.. Soalan Awal memang menjerat Mr E haha.. “
” Laaa…Awal ke yg guest? Ingatkan dia host, MR E & Erra guest haha.. awal best kalau jadi pengacara. Bes la pulak Awal.. smooth gitu.. ampun tt, memuji guest plak.. “
” Bila pengacara berbual haha.. tak sekarang ni siapa guest, awal ke ezwan haha.. haaa jawab jawab mr e, cuak muka.. “
” Mr E mendapat soalan bonus… ahh sudah.. ni kalau salah jawab, memang auto tidur luar lah mr e haha.. “
” Eh nie sapa IV sapa nie.. ahh sudah.. Bagus awal mr e selalu cakap tak kenal erra.. Soalan awal, awal2 dah panas.. “
” Jawab jangan tak jawab mr e haha.. habislahh terkena dgn ex pengacara melodi. soalan awal bikin panas tu haha.. “
” Haha gelabah mr e, soalan bonus terus Awal bagi haha.. kena lagi mr e, semua yang datang mesti ada tanya soalan ni.. haha cepat lah tayang nk dengar jawapan mr e.. “

Apabila bekas pengacara Melodi berbicara, boleh cuak Ezwan dengan soalan cepu emas Awal itu. Pastinya ramai yang ingin mengetahui apa jawapan Ezwan untuk soalan panas Awal ini. Sama-sama kita menonton episod ini yang bakal bersiaran jam 8 malam esok.
Jom tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasi Onz Channel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

