Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita kena plan cepat sayang, sebelum isteri awak masuk jadi umur nyanyuk.. ” – Erra Fazira

Video Erra Fazira dan Ezwan Zain bergurau senda mengenai perancangan masa depan mereka buat warganet terhibur. Amboi Mr E, memang berani sungguh kata-kata tu. Sekali Erra jawab balik, terdiam Mr E. Cuak woo, haha.. 

Erra Fazira dan Ezwan Zain antara pasangan yang disukai oleh ramai warganet. Sekali pun sudah berbulan-bulan berkahwin, gelagat sweet Erra bersama Ezwan menceriakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Channel Podcast mereka iaitu KasiOnz juga menjadi salah satu podcast kesukaan wargamaya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat Erra dan Ezwan dalam episod 29 yang bakal disiarkan pada malam ini. Kali ini, Erra dan Ezwan membuat penggambaran di luar pula bertemakan alam semulajadi.

Kelihatan pada awal video, Ezwan sedang mengupas tebu. Sambil itu, Ezwan memberitahu Erra, apabila mereka sudah tua nanti, dia ingin berkebun dan menanam tebu. Erra yang mendengar ayat Ezwan ini menyoal kembali adakah Ezwan masih merasa belum tua pada usianya sekarang.

Jawapan sempoi Ezwan mengatakan dirinya masih muda mencuit hati warganet. Sempat Erra menyakat Ezwan mengatakan Ezwan baru 40an dan meminta Ezwan segera mencari tanah di tepi sungai untuk mereka berkebun sebelum dirinya memasuki usia nyanyuk.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Ayat berani ma ti betui ni encik somi.. kang tebu x sempat tanam, tertumbuh pulak batu nisan.. seram haha.. “

” Untunglah wife dia tak drama queen haha.. Bersih hati primadona kita ni… Mr E happy je Alhamdulillah.. “

” Beli tanah tepi sungai. Buat kebun.. ok kak E.. cam bernas je idea ni.. walaw kak erra tua lagi jaoh tetap kak erra nampak lebih muda.. menyala awet muda nya wajah kak erra tu.. “

” Oh tak tua lagi sekarang ? hahah erra oh erra.. ada je idea menyakat dia haha.. Erra tetap muda dan lawa dari Mr E hehe.. “

” Kak Erra ni kannnn,no wonder you are a Primadona and one of the successful celebrity in Malaysia! Sepantas itu dia memberi cadangan kpd suami tercintanya errafazira love you.

” Tak tua, nampak muda lagi haha.. Erra tetap muda.. senyum je mr e dengar jawapan erra tu.. haha suka lah tengok erra dan mr e ni.. bahagia je.. “

” Yang ni kelakar, terlajak jujur sangat eh mr e haha.. tak pernah tak gelak tengok dorang berdua ni, menghiburkan. ayat erra tu ‘ooo.. tak tua lagi skang. Kena Cepat sebelum Isteri Awak Nyayok Hahahaha, memang terbahak lah dengar.. “

Terhibur melihat senda gurau Erra dan Ezwan ini. Cuma usia yang menua tetapi tuan punya badan tetap nampak masih muda. Semoga impian Erra dan Ezwan untuk memiliki tanah di tepi sungai dan berkebun berjaya dicapai. Apa-apa pun, terus berbahagia sweet couple sampai ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kasionzchannel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak